Utusan Borneo (Sarawak)

Program jalinan muhibah media PerakMalay­sia-Beijing pererat hubungan

-

BEIJING: Program Jalinan Muhibah Media Perak-Malaysia-Beijing, anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan Media Perak, adalah usaha untuk mempererat hubungan antara media kedua-dua negara, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Beliau berkata program tersebut merupakan langkah bagi media Malaysia menjalin hubungan terbaik dengan media kuasa besar dunia ini.

“Saya menganggap diplomasi antara kedua-dua negara ini penting sebab kami tak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Mungkin kali ini kita diuji dengan ( tragedi) MH370, mungkin pada masa depan hubungan ini diuji dengan perkara lain. Media Perak merupakan perintis bagi mengeratka­n hubungan bersama media di sini,” kata Akmar Hisham yang merupakan penasihat program itu kepada pemberita yang mengikuti program itu, di sini.

Antara tujuan program dari 16-22 Mac yang disertai 32 wakil pelbagai agensi media Malaysia itu adalah menyampaik­an mesej diplomasi antara Malaysia dan China selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines terbabit pada 8 Mac tahun lepas.

Akmar Hisham berkata program itu mampu mengeratka­n lagi kerjasama media terutama berhubung misi pencarian MH370.

Penerbanga­n MH370, membawa227­penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Misi mencari pesawat itu sedang giat dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai berakhir.

Sementara itu, Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing Laksamana Pertama Zualkafly Ahmad berkata program jalinan muhibah itu mampu membantu kerajaan dalam mem- perkukuh hubungan dua hala dengan China.

“Hubungan Malaysia- China terus akrab meskipun berlaku insiden MH370 dan hubungan diplomatik kedua- dua negara telah mencecah 40 tahun,” katanya.

Bagi pengamal media di Stesen Radio Antarabang­sa China di sini, Zhang Jhe Yang, pada awal insiden kehilangan MH370, wujud pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan Malaysia dalam kalangan segelintir rakyat di negara itu.

“Peristiwa ini sudah setahun lebih berlalu, saya rasa komitmen kerajaan Malaysia membuktika­n mereka berusaha untuk merungkai kehilangan pesawat MH370.

“Malah usaha media kita boleh membantu menenangka­n hati dan perasaan keluarga mangsa dan media kita boleh menyebarka­n liputan berita dan khabar angin boleh dielak,” katanya yang bekerja lebih 10 tahun dalam bidang kewartawan­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia