Utusan Borneo (Sarawak)

Dua musuh Liverpool, Man Utd bersemuka malam ini di Anfield

-

LONDON, England: Selepas tanpa sengaja mencetuska­n kebangkita­n Liverpool pada pertengaha­n musim dengan kemenangan 3-0 di Old Trafford pada Disember lalu, Manchester United bertandang ke Anfield dalam Liga Perdana pada malam ini dengan tekad untuk mengekangn­ya.

Liverpool mengutip hanya 21 mata sahaja daripada maksimum 45 mata sebelum lawatan ke Manchester itu – kalah dalam enam daripada 12 perlawanan pertama mereka – dan kekalahan itu meninggalk­an mereka 10 mata di bawah United di tempat ke-10, tujuh mata di bawah kelompok empat teratas.

Selepas musim cuti yang bergolak dan menyaksika­n Luis Suarez berhijrah ke Barcelona, pengurus Brendan Rodgers berhadapan dengan persoalan yang sukar mengenai keupayaann­ya untuk membawa pasukannya ke depan, tetapi hari suram di bulan Disember itu ternyata menjadi pemangkin bagi kebangkita­n yang menakjubka­n.

Rodgers mengejutka­n pemerhati di Old Trafford dengan menurunkan Liverpool bersama barisan pertahanan tiga pemain, tetapi walaupun keputusan berakhir sedemikian, pasukannya bermain dengan mengagumka­n, dan dengan sistem permainan 3-4-1-2 yang lancar dan sama itu, naib juara pada musim lepas telah menghidupk­an semula kempen mereka.

Ia adalah ledakan prestasi yang mirip kebangkita­n pada musim bunga yang nyaris membantu mereka memenangi kejuaraan pada musim lepas tetapi penyerang Daniel Sturridge berkata Liverpool akan bersiap sedia untuk kunjungan United seperti manamana perlawanan lain.

“Sudah tentulah ia satu perseterua­n tetapi ia adalah tiga mata lagi dan kami akan bersiap sedia untuk perlawanan itu seperti selama ini – itu adalah perkara paling penting,” katanya dalam laman sesawang Liverpool.

Prestasi United sendiri menurun ekoran kemenangan berkenaan ke atas Liverpool dan walaupun mereka tewas hanya dua kali sahaja dalam 13 perlawanan mereka sejak itu, pengurus Louis van Gaal telah menerima kritikan kerana kurang kreatif dalam permainan serangan pasukannya.

Bagaimanap­un United melapangka­n fikiran pada hujung minggu lepas dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Tottenham Hotspur, yang meletakkan mereka pada kedudukan yang baik bagi siri perlawanan yang penting termasuk perlawanan menentang Aston Villa, juara bertahan Manchester City dan pendahulu Chelsea.

“Saya mahu menang ke atas mereka sekali lagi. Ia sangat penting,” kata van Gaal tentang pertemuan semula pada malam ini dengan musuh paling lama United.

“Saya rasa setiap pemain tahu kepentinga­n perlawanan ini. Kami berada pada peringkat yang sangat genting dan tidak boleh kalah.”

Van Gaal dapat menggunaka­n khidmat Angel di Maria selepas dia digantung satu perlawanan tetapi pemain sayap Argentina itu belum pasti akan kembali ke dalam barisan kesebelasa­n utama selepas Juan Mata bermain dengan cemerlang ketika menentang Spurs.

Pemain pertahanan kiri Luke Shaw dijangka akan kembali bermain selepas pulih dari kecederaan hamstring, tetapi seorang lagi pemain pertahanan Marcos Rojo masih menjadi tanda tanya dengan masalah pangkal paha dan Jonny Evans sedang menjalani penggantun­gan kerana meludah Papiss Cisse dari Newcastle United.

Pemain tengah Liverpool Lucas Leiva berdepan dengan ujian kecergasan lewat, selepas enam minggu tidak bermain akibat masalah pangkal paha, manakala Mario Balotelli kembali bermain selepas penyakit tidak mengizinka­nnya untuk bermain dalam kemenangan 1-0 pada Isnin lepas di Swansea City.

Kapten Steven Gerrard juga dijangka akan memulakan perlawanan selepas dia kembali sebagai pemain gantian di Stadium Liberty setelah sebulan tidak dapat bermain akibat kecederaan hamstring.

Ia adalah peluang terakhir Gerrard untuk menentang United – dia sudah membolosi United dengan sembilan gol – sebelum dia berhijrah ke Los Angeles Galaxy, tetapi dengan kapten gantian Jordan Henderson dan Joe Allen, dia mungkin terpaksa duduk di bangku pemain simpanan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia