Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ‘patung mainan’ Barca menyinar

-

BARCELONA, Sepanyol: Barcelona terpaksa menunggu selama hampir tiga bulan untuk merasmikan ‘patung mainan’ mereka yang baharu dan berkilat pada musim ini apabila pemain termahal kelab Luis Suarez duduk di tepi padang selepas digantung permainan kerana menggigit Giorgio Chiellini di Piala Dunia.

Apabila Suarez akhirnya dilepaskan untuk membentuk bahagian ketiga dalam jentera serangan bertiga dari Amerika Selatan yang turut memaparkan Lionel Messi dan Neymar, ia ternyata diselubung­i cabaran.

Penampilan julung kali Suarez dalam perlawanan pertama El Clasico pada musim ini menentang Real Madrid kebetulan berlaku ketika kelab Catalan itu mengalami kekalahan pertama manakala Real yang bermain cemerlang pulang dengan kemenangan 3-1.

Keraguan timbul. Adakah ketiga-tiga bintang itu tidak serasi? Kenapakah Barca tidak menggunaka­n bajet mereka untuk mengukuhka­n kelemahan lain yang lebih ketara?

Lima bulan kemudian, soalan-soalan itu seakan-akan sudah lama dilupakan.

Siri 17 kemenangan dalam 18 perlawanan sudah meletakkan Barca satu mata di hadapan Madrid dan menjadikan mereka pasukan pilihan untuk melebarkan kelebihan mereka kepada empat mata apabila juara Eropah melawat Camp Nou pada malam ini (Ahad).

Di antara mereka, Messi, Suarez dan Neymar sudah menjaringk­an 82 gol dan mencipta 47 gol setakat ini dalam kempen semasa, dan meletakkan Barca di landasan untuk mengulangi ‘treble’ (tiga kejuaraan) bersejarah yang diperolehi pada musim pertama Pep Guardiola menggalas tugas selaku pengurus.

Kehadiran Suarez dan Neymar telah mewujudkan ruang bagi Messi untuk mempamerka­n semula prestasi yang men- jadikannya Pemain Terbaik Dunia sebagai empat kali berturut-turut di antara 2009 hingga 2012.

Messi mempamerka­n prestasi yang cemerlang apabila Barca mengatasi Manchester City untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Sementara Suarez sudah mula meninggalk­an kesan, prestasi Neymar sebagai penyerang yang prolifik pada awal musim sudah menurun sedikit dan pemain Brazil itu paling bersalah apabila Barca gagal mencatatka­n kemenangan yang jauh lebih meyakinkan ke atas City pada Rabu lepas.

Namun pengurus Barca, Luis Enrique percaya mereka yang menjangkak­an keajaiban daripada ketiga-tiga penyerang itu dalam setiap perlawanan sedang menonton sukan yang salah.

“Saya rasa ketiga-tiga pemain telah menyinar sepanjang musim: dari segi jaringan, umpanan, kerja pertahanan, pergerakan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Para pemain Valencia meraikan gol jaringan ketiga pasukan mereka pada saingan La Liga di antara Elche dan Valencia di Stadium Martinez Valero di Elche. Valencia menang selesa dengan kemenangan besar 4-0.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Para pemain Valencia meraikan gol jaringan ketiga pasukan mereka pada saingan La Liga di antara Elche dan Valencia di Stadium Martinez Valero di Elche. Valencia menang selesa dengan kemenangan besar 4-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia