Utusan Borneo (Sarawak)

Carrick lanjutkan kontrak setahun bersama Man Utd

-

MANCHESTER, United K i n g d o m : M i c h a e l Carrick t e l a h menandatan­g a n i lanjutan k o n t r a k s e t a h u n d e n g a n Manchester United untuk menamatkan spekulasi mengenai sama ada pemain tengah England itu akan kekal di Old Trafford atau tidak apabila kontraknya sekarang tamat pada musim cuti nanti. Carrick ada klausa dalam kontraknya yang memberi pilihan kepada pasukan Liga Perdana itu untuk mengaktifk­an lanjutan setahun pada bila- bila masa, satu langkah yang kini s u d a h diluluskan o l e h pengurus United, Louis van Gaal, selepas beberapa persembaha­n mengagumka­n daripada pemain berusia 33 tahun itu sejak beberapa minggu yang lalu.

“Dia adalah penting,” kata van Gaal mengenai Carrick pada Jumaat lepas. “Dia dapat membaca permainan sebagai seorang pemain di atas padang, jadi dia dapat memberi bimbingan semasa perlawanan tetapi dia dapat memperbaik­i perkara itu, saya rasa.

“Dia juga seorang pemain tengah yang dapat menghantar bola ke hadapan dan saya suka perkara itu kerana matlamat kita adalah untuk sentiasa menghantar bola lebih kerap ke depan berbanding ke tepi atau ke belakang.

“Dia juga (timbalan) kapten saya yang kedua, dia adalah seorang lelaki yang penting bagi pemilihan saya. Wayne Rooney adalah kapten pertama saya dan Michael Carrick a d a l a h kapten k e d u a s a y a dan itu sudah cukup men- jelaskan apa yang saya fikir mengenai pemain- pemain tersebut.”

Carrick tidak bermain dalam tempoh dua setengah bulan pertama bagi kempen semasa disebabkan oleh kecederaan buku lali tetapi sudah bangkit dengan meyakinkan untuk memberi sumbangan penting kepada prestasi United yang semakin baik.

United sudah tewas dalam satu sahaja perlawanan yang dia mulakan pada musim ini dan bekas pemain Tottenham itu gembira untuk melanjutka­n pembabitan­nya di Old Trafford, di mana dia sudah mengumpul lima pingat juara Liga Perdana selain memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Liga.

“Ia adalah hebat untuk tahu bahawa saya dapat meneruskan perjalanan saya yang menakjubka­n dengan kelab yang hebat ini,” katanya.

“Saya seronok dengan bola sepak saya dan pasukan sedang maju ke arah yang betul d i b a w a h Louis van Gaal.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia