Utusan Borneo (Sarawak)

Raonic kejutkan Nadal pada suku akhir Indian Wells

-

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat: Milos Raonic merosakkan parti ‘Big Four’ pada Jumaat lepas dengan kemenangan tiga set yang sukar ke atas pemain nombor tiga dunia Rafael Nadal untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan tenis Indian Wells ATP Masters.

Raonic dari Kanada menewaskan Nadal buat kali pertama. Dia meledakkan 19 pukulan ace, melakukan siri pukulan depan yang kencang dan menyelamat­kan tiga mata perlawanan untuk mengecewak­an pemain Sepanyol itu 4-6, 7-6 (12/10), 7-5 dan menempah perlawanan separuh akhir menentang Roger Federer.

Kemenangan mengejut pemain berusia 24 tahun itu ke atas Nadal, juara Terbuka Perancis selama sembilan kali, merosakkan apa yang sepatutnya barisan pemain separuh akhir yang memaparkan setiap daripada empat pemain pilihan teratas selepas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dan pemain pilihan keempat Andy Murray menempah tiket mereka.

“Kita hanya mahu membuktika­n orang salah dari segi itu,” kata Raonic tentang dirinya sebagai perosak. “Ia ada rasa yang bagus.”

Raonic telah tewas dalam lima perlawanan sebelum ini menentang pemain Sepanyol berkenaan dan berkata dia perlu lupa tentang siapa yang dia lawan dan hanya memikirkan apa yang dia perlu lakukan untuk bermain dengan lebih baik bagi setiap mata.

Dia berkata kunci kepada kejayaan menewaskan Nadal adalah untuk “tidak terlalu kagum dengan orang yang kita lawan dan hormati mereka, tetapi tidak memberikan penghormat­an yang keterlalua­n kepada mereka sehinggaka­n ia menjejaska­n tenis kita.

“Saya rasa apabila kita ada pengetahua­n, apabila kita ada pemahaman, ia memberikan kita ketenangan sedikit,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJATUH: Pemain pertahanan Lorient Bellugou (kiri) berasak dengan penyerang PSG Ibrahimovi­c pada aksi Ligue 1 di antara PSG dan Lorient di Stadium Parc des Princes di Paris.
— Gambar AFP TERJATUH: Pemain pertahanan Lorient Bellugou (kiri) berasak dengan penyerang PSG Ibrahimovi­c pada aksi Ligue 1 di antara PSG dan Lorient di Stadium Parc des Princes di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia