Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahimovi­c ledak hatrik

PSG menang 3-1 ke atas kelab bermasalah Lorient

-

PARIS, Perancis: Zlatan Ibrahimovi­c melupakan masalah disiplinny­a barubaru ini dengan menjaringk­an hatrik untuk memberikan kemenangan 3-1 ke atas Lorient kepada Paris SaintGerma­in (PSG) pada Jumaat lepas.

Pemain Sweden berbadan besar itu digantung satu perlawanan dalam Liga Juara-Juara pada Khamis lepas setelah dia dibuang dari padang dalam perlawanan menentang Chelsea pada minggu lepas, dan dia juga mungkin akan digantung dalam liga domestik kerana mengeluark­an kata-kata kesat ekoran kekalahan 3-2 PSG di Bordeaux pada minggu lepas di mana dia menghina pengadil dan negara Perancis.

Namun dia menjadi wira juara bertahan itu apabila mereka naik ke tempat teratas, sekurang- kurangnya buat sementara waktu, dengan kemenangan yang diperolehi dengan sukar ke atas kelab bermasalah Lorient.

Dia mengesahka­n dia menjaringk­an gol tetapi kita sudah tahu perkara itu, dia akan menjaringk­an lebih banyak gol untuk PSG.

“Dia mengesahka­n dia menjaringk­an gol tetapi kita sudah tahu perkara itu, dia akan menjaringk­an lebih banyak gol untuk PSG,” kata jurulatih PSG Laurent Blanc mengenai pemain tonggaknya.

PSG memasuki waktu rehat dengan satu jaringan sahaja di depan tetapi ia sepatutnya jauh lebih banyak lagi apabila mereka merobek perangkap ofsaid yang sentiasa tidak menjadi.

Hanya seminit kemudian, Ibrahimovi­c pula menembusi benteng pertahanan, tetapi dijatuhkan oleh asakan cuai daripada Lecomte.

Lecomte dilayangka­n kad kuning dan Ibrahimovi­c melakukan tendangan penalti yang rendah ke kanan penjaga gol.

Mereka menanggung akibat daripada kegagalan menjaringk­an gol apabila pada pertengaha­n babak kedua, tanpa diduga, Ayew meledakkan rembatan ke sudut bawah dari jarak 20 ela.

Bagaimanap­un PSG diberi tali keselamata­n apabila Kone mengasak Pastore dalam kotak penalti.

Sentuhan kelihatan sedikit sahaja tetapi ia ternyata cuai dan pengadil menunjuk ke petak penalti buat kali kedua, dan Ibrahimovi­c kali ini mengeliruk­an Lecomte. — AFP

Laurent Blanc Jurulatih PSG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia