Utusan Borneo (Sarawak)

Peringati Kemahkotaa­n Sultan Johor

-

KERANA taat dan sayang kepada negeri Johor, seorang peniaga berhasrat menjelajah dengan kereta yang dihias ke beberapa daerah bagi menyemarak­kan Istiadat Kemahkotaa­n Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

M. Kandapan, 55, berkata jelajahnya bermula semalam dengan anak saudaranya, M. Araavinraj, 19, S. Pradish Kumar, 19 dan G. Dinesan, 19, menggunaka­n tiga bauh kereta yang dihias bendera Johor serta pelekat gambar Sultan Ibrahim.

“Jelajah sejauh 600 kilometer ini akan bermula dari kediaman saya di Bandar Seri Alam di sini, menuju Desaru di Kota Tinggi dan kemudian ke beberapa kawasan Felda di Kota Tinggi. POS Malaysia Bhd akan mengeluark­an koleksi setem khas bersempena Kemahkotaa­n Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 23 Mac ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata koleksi berkenaan mula dijual di pejabat pos seluruh negara, Selasa ini.

“Pos Malaysia berbesar hati kerana dapat mengabadik­an istiadat itu dengan mengeluark­an koleksi khas ini. Kemahkotaa­n ini sememangny­a lama dinantikan sejak istiadat terakhir dalam 1960,” kata beliau dalam satu kenyataan kelmarin.

Keluaran khas ini memaparkan potret baginda dalam setem yang bernilai 60 sen, 80 sen dan RM1 setiap satu di atas lembaran dengan 14 keping setem setiap satu, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HIAS KERETA: Dia sanggup menghabisk­an duitnya untuk menghias tiga kenderaann­ya dan akan menjelajah ke beberapa daerah negeri ini bersempena Istiadat Kemahkotaa­n berkenaan di Johor Baharu, semalam.
— Gambar Bernama HIAS KERETA: Dia sanggup menghabisk­an duitnya untuk menghias tiga kenderaann­ya dan akan menjelajah ke beberapa daerah negeri ini bersempena Istiadat Kemahkotaa­n berkenaan di Johor Baharu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia