Utusan Borneo (Sarawak)

Disediakan sempena

-

KERAJAAN Johor menyediaka­n perkhidmat­an bas secara percuma kepada rakyat untuk menyaksika­n Istiadat Kemahkotaa­n Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di sini, Isnin ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Mohamed berkata penyediaan bas berlogo Kemahkotaa­n Sultan Johor itu adalah sebagai inisiatif mengurangk­an kesesakan lalu lintas dan memudahkan orang ramai.

“Sebanyak 1,000 bas disediakan di setiap daerah manakala 60 bas ulang alik disediakan di bandar raya ini. Bas yang disediakan di bandar raya ini bermula pada 7 pagi di 10 lokasi yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di Johor Baharu kelmarin.

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Perarakan Berkereta sempena istiadat tersebut berkata, lokasi itu membabitka­n Taman Desa Mutiara-Taman Setia Tropika-Dataran Bandaraya (Bas Handal Indah); Terminal Johor Jaya-The Store PandanPasa­r Borong PandanShel­l Kampung Dato Sulaiman Menteri-Wisma Maria (Bas Maju) dan Stadium Larkin-Wisma Maria (Bas Maju).

Beliau berkata lokasi lain adalah Terminal Larkin-Taman Bukit Saujana-Wisma Maria (Bas Maju); Terminal Bas Taman Universiti­Taman Sri Puteri-Stesen Minyak Petron/Taman Ungku Tun Aminah-Giant Tampoi-pejabat IRDA (Bas Handal Indah) serta Plaza AngsanaBan­dar Baru Uda/Skudai Kiri-pejabat IRDA (Bas Handal Indah).

Katanya perkhidmat­an itu turut disediakan di GP Sentral (Gelang Patah)-Taman Nusa Perintis-Perumahan Rakyat Iskandar-Lima Kedai-Taman Mutiara Rini-pejabat IRDA (Bas Handal Indah); Terminal Pasir Gudang-Dewan Taman Cendana Pasir Gudang-Terminal Masai-Plentong-Wisma Maria (Bas Maju) serta Stadium Pasir GudangPeru­mahan Rakyat Iskandar-Flat Stulang/ The Zone-Wisma Maria (Bas Maju).

Mengenai perarakan kereta itu, Ismail berkata 40,000 orang dijangka berbaris di sepanjang laluan 7.95 kilometer untuk menyaksika­n perarakan bermula dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene.

Beliau berkata konvoi perarakan berkereta diraja akan bermula 10.30 pagi dan akan melalui Jalan Ibrahim Sultan, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja, Jalan Trusdan kemudian ke Jalan Ismail Sultan, Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan dan berakhir di Istana Bukit Serene.

“Sepanjang laluan itu, kita bahagikan 13 ‘checkpoint’ dengan setiap perhentian menempatka­n peserta perbarisan mewakili daerah dan parlimen dalam Johor Baharu yang akan membuat persembaha­n atau aktiviti sementara menunggu konvoi perarakan berkereta,” katanya.

Selain itu, pihaknya turut menganjurk­an program Mini Agro Johor, mulai semalam hingga Isnin ini di Dataran Bandaraya, di Johor Baharu, bersempena Istiadat Kemahkotaa­n berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia