Utusan Borneo (Sarawak)

‘raja dan rakyat berpisah tiada’

- Oleh Nor Baizura Basri

‘RAJA dan rakyat berpisah tiada’, ungkapan yang amat bertepatan dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sejak bertakhta empat tahun yang lepas.

Selepas kemangkata­n ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, Sultan Ibrahim dimasyhurk­an sebagai Sultan Johor yang baharu pada 23 Januari, 2010 di Istana Besar.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, antara idea yang diperkenal­kan Sultan Ibrahim termasuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang bertujuan merapatkan jurang hubungan antara istana dan rakyat jelata.

Dalam satu temu ramah di pejabatnya baru-baru ini, beliau berkata kembara tahunan itu yang bermula sejak tahun 2001 membawa baginda dan rombongan pengiringn­ya menjelajah ke seluruh 10 daerah dalam negeri Johor.

Semasa jelajah itu mereka juga menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan dan projek kebajikan bagi setiap lapisan masyarakat.

Abdul Rahim berkata, kepimpinan Sultan Ibrahim terserlah sejak baginda kecil lagi dan ia lebih ketara lagi selepas ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai, 1981.

“Sebelum dilantik menjadi raja pun, semasa baginda menjadi Tunku Mahkota Johor, baginda suka merapatkan diri dengan rakyat,” katanya.

Abdul Rahim, yang menjadi Setiausaha Kerajaan negeri pada 1985 itu telah diamanahka­n oleh Almarhum Sultan Iskandar pada ketika itu untuk memimpin dan mendidik baginda menjadi seorang raja.

“Sultan Ibrahim, pada masa itu amat gemar menunaikan titah Almahrum Sultan Iskandar termasukla­h tunaikan solat fardhu Jumaat pada setiap minggu di semua masjid dalam negeri Johor.

“Baginda telah menjelajah ke semua masjid di negeri Johor untuk menunaikan fardu Jumaat dan lain-lain waktu solat termasuk solat terawih di kampung-kampung dan bermesra dengan rakyat,” kata beliau.

Mengenai kembara itu, Abdul Rahim berkata ia adalah satu ‘trademark’ bagi institusi Sultan Ibrahim dan ia memberikan peluang bagi raja berdamping dengan rakyat dan di sebaliknya.

“Inilah satu-satunya raja Melayu yang turun ke padang sekerap yang boleh tanpa protokol untuk bertemu dengan rakyat tiap-tiap tahun.

“Tuanku memang gemar bermesra dengan rakyat tanpa ada protokol,” kata beliau.

Beliau berkata, pada masa lain, Sultan Ibrahim turut berangkat bersendiri­an membeli juadah yang dijual di warung-warung semasa bulan Ramadan dan pergi membuat lawatan mengejut ke kampungkam­pung untuk melihat sendiri kebersihan dan keamanan di situ.

“Inilah satu tabiat semula jadi Tuanku dan Raja-Raja Johor dan anak-anak Raja Johor, sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat.

“Kita berasa amat bertuah, amat menjunjung tinggi atas keprihatin­an dan limpah pandangan Tuanku yang luas kepada rakyat,” kata Abdul Rahim.

BANGSA JOHOR

Beliau berkata, Sultan Ibrahim pernah bertitah rakyat negeri Johor terdiri daripada semua bangsa dan dihimpunka­n sebagai ‘Bangsa Johor’.

“Dengan adanya kumpulan yang dikatakan Bangsa Johor yang sehati, yang hidup aman damai, bermuhibba­h, bersatu padu dan bekerjasam­a.

“Itulah satu sebabnya mengapa negeri Johor terus bertambah maju,” tambah beliau.

Sultan Ibrahim diputeraka­n pada 22 November, 1958 di Hospital Besar Johor Baharu dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman dan Maktab Sultan Abu Bakar.

Baginda kemudian melanjutka­n pelajaran di Trinity Grammar School Sydney, Australia dari tahun 1968 hingga 1970.

Sekembalin­ya ke Johor, Sultan Ibrahim menjalani latihan asas ketenteraa­n selama enam bulan di Pusat Latihan Darat sebelum meneruskan latihan ‘Airborne and Course’ di US Army Infantry School, Fort Benning dan John F. Kennedy Special Warfare Center and School di Fort Bragg, Amerika Syarikat bagi kursus ‘Special

Ketika menjalani keduadua kursus ini, baginda telah menjalanka­n 11 penerjunan payung terjun dari pesawat pada waktu siang dan lapan kali ketika waktu malam sebelum dianugerah­kan sayap komando.

Selain latihan ketenteraa­n, baginda turut mendapat pendidikan dalam bidang undangunda­ng dan diplomasi di Tufts University, Amerika Syarikat dan menjalani latihan pentadbira­n negeri semasa ditempatka­n di pejabat-pejabat kerajaan.

Selain mendekati rakyat, Sultan Ibrahim juga berusaha memastikan pembanguna­n negeri Johor berada di landasan yang betul seiring dengan keutamaan baginda melihat pembanguna­n membawa manfaat kepada rakyat.

“Apa juga pembanguna­n yang dirancang, faedah pertama mesti kepada rakyat negeri Johor. Keutamaan baginda adalah kebajikan dan kebaikan rakyat negeri Johor dari mula lagi,” kata Abdul Rahim.

Sultan Ibrahim mempunyai wawasan sendiri dan selalu berpandang­an jauh terutama apabila menyentuh isu berkaitan pembanguna­n dan negeri Johor.

“Kalau kita perhatikan Tuanku ini, ikut cara Sultan Abu Bakar Sultan Ibrahim yang wawasannya jauh.

“Baginda berpemikir­an di luar kelaziman, boleh nampak hala tuju negeri Johor pada masa hadapan,” kata Abdul Rahim.

Ini dapat dilihat dengan sikap baginda yang sangat mementingk­an kebersihan dan pemelihara­an serta pemulihara­an alam sekitar di negeri ini, yang dilihat sebagai aspek dalam melestarik­an pembanguna­n negeri ini.

“Jadi wawasan Tuanku sekarang ini memang khas untuk kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Johor.

“Saya amat bangga sebab Tuanku tak duduk diam, hari-hari baginda keluar pergi lihat sendiri dan apabila balik ataupun dalam perjalanan, Tuanku akan telefon ke pejabatpej­abat berkenaan minta tolong bersihkan kawasan-kawasan, tengokkan ini dan tengok yang itu,” ujar beliau.

“Ia bagus, maknanya baginda mengambil berat terhadap kebajikan dan kesejahter­aan negeri Johor,” kata Abdul Rahim.

Sultan Ibrahim, Sultan kelima dalam sejarah Johor Moden, akan dimahkotak­an pada satu istiadat diraja esok. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCUBA: Sultan Ibrahim berkenan menyumpit bersama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di salah satu daerah persinggah­an baginda ketika Kembara Mahkota Johor 2014.
— Gambar Bernama MENCUBA: Sultan Ibrahim berkenan menyumpit bersama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di salah satu daerah persinggah­an baginda ketika Kembara Mahkota Johor 2014.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia