Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas kesan ‘ketua cawangan UMNO’ didakwa PATI

Jika dakwaan benar, tindakan tegas terhadap individu berkenaan: Yusof

-

LAHAD DATU: Ketua UMNO Bahagian Silam, DatukMohdY­usofApdalt­elah membentuk jawatankua­sa khas untuk meneliti dakwaan wujudnya Ketua Cawangan UMNO di kawasannya merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurutnya, sekiranya dakwaan itu benar beliau sendiri akan menemui individu tersebut untuk tindakan selanjutny­a berlandask­an peruntukan perlembaga­an parti yang sedia ada.

“Sehingga jam 5 petang jawatankua­sa khas yang dibentuk untuk meneliti dakwaan itu tidak menemui mana-mana ketua cawangan UMNO yang bukan warganegar­a atau PATI dan saya memandang serius dakwaan ini untuk tindakan selanjutny­a,” katanya di sini, kelmarin.

Yusof berkata gerakan pemutihan keahlian UMNO telah lama digerakkan dan dimantapka­n lagi melalui usaha turun padang ke setiap cawangan.

Pusat Daerah Mengundi turut diberi mandat untuk mencapai matlamat ini kerana menurut beliau wujud perma- salahan keahlian yang tidak dikenali sebelum ini.

“Ahli-ahli yang tidak dike- nali telah dikeluarka­n dari senarai cawangan dan setakat ini tiada sebarang aduan lagi berkenaan ‘orang asing’ dalam senarai ahli,” katanya.

Yusof yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Silam dan Ahli Dewan Undangan Lahad Datu berkata demikian bagi mengulas berita dakwaan seorang pegawai FELDA yang berkata wujudnya individu menjawat ketua cawangan yang diulas oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.

Dalam kenyataan Salleh, Badan Perhubunga­n UMNO Negeri tidak akan melindungi mana-mana ahli atau pemimpin UMNO yang terbukti mempunyai status pendatang asing tanpa izin.

Salleh menyaranka­n agar pihak berkenaan tampil melaporkan nama secara spesifik untuk rujukan dan siasatan parti.

Untuk rekod, UMNO bahagian Silam meliputi daerah Lahad Datu, Tungku dan Kunak dan mempunyai 465 cawangan dengan keahlian mencapai 51,000 orang ahli.

 ??  ?? YUSOF
YUSOF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia