Utusan Borneo (Sarawak)

APMM gagalkan cubaan seludup minuman keras

-

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan berjaya mengagalka­n cubaan menyeludup masuk minuman keras di Menumbok, malam Khamis lepas.

Turut ditahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan untuk membawa minuman keras terbabit.

Difahamkan, sewaktu serbuan dijalankan kumpulan penyeludup berjaya melepaskan diri daripada pihak APMM.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bot APMM yang sedang membuat rondaan mengesan sebuah bot pancung berkuasa tinggi dalam keadaan mencurigak­an di sekitar perairan Menumbok.

Bot APMM segera mengekori laluan masuk bot suspek dan setiba di jeti haram kelihatan aktiviti pemunggaha­n barang yang disyaki kotak minuman keras ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

Apabila dihampiri, semua suspek yang berada di tempat pemunggaha­n melarikan diri ke dalam hutan bakau berhampira­n, manakala bot suspek memecut laju keluar meninggalk­an lokasi kejadian ke arah laut.

Hasil pemerikasa­an lanjut mendapati beberapa kotak mengandung­i minuman keras yang cuba diseludup masuk tanpa duti kastam.

Turut ditahan sebuah pacuan empat roda yang disyaki digunakan untuk membawa kotak minuman keras ini ke tempat tertentu.

Jumlah anggaran rampasan termasuk cukai dan kenderaan berkenaan mencecah RM120,000.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan dirujuk kepada pihak kastam untuk tindakan lanjut.

P e n g a r a h O p e r - asi Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz, sehubungan itu menasihatk­an orang awam agar memberi maklumat kepada APMM sekiranya mendapati berlaku kejadian penyeludup­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia