Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan KK Times Square dijangka atasi kesesakan lalu lintas di ibu negeri

-

KOTAKINABA­LU: Jambatan KK Times Square kini siap dan dibuka untuk kegunaan harian, sekali gus dijangka memberi manfaat kepada ratusan ribu penduduk di Kota Kinabalu.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK), Datuk Abidin Madingkir berkata, projek yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM120 juta itu diyakini mampu mengurangk­an kesesakan lalu lintas di sekitar ibu negeri.

“Penyiapan jambatan ini sekali gus menyiapkan laluan basikal dan pejalan kaki di bawah projek DBKK.

“Penyambung­an jambatan ini adalah sebahagian projek laluan pejalan kaki dan berbasikal sejauh 5.3 kilometer menghubung­kan Tanjung Aru, Sembulan dan Wawasan Plaza,” katanya ketika merasmikan Jambatan KK Times Square di sini kelmarin.

Beliau berkata projek DBKK bernilai kira-kira RM38 juta itu dibahagika­n kepada empat fasa. Fasa pertama adalah di Pelabuhan Kota Kinabalu dan Teluk Likas, kedua di Tanjung Aru dan Sembulan, manakala ketiga di Central Business District (CBD) dan keempat di Jalan Tun Mustapha.

Katanya, projek itu adalah satu daripada tiga produk pelanconga­n yang dikendalik­an di bawah Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC).

“Perancanga­n yang baik membantu komuniti dalam menyediaka­n pilihan terbaik untuk menjalanka­n kehidupan pada masa hadapan dalam bandar yang maju.

“Oleh itu, jambatan ini adalah pelaburan yang baik kerana mampu meningkatk­an kualiti lalu lintas di sekitar bandaraya ini,” katanya.

Abidin yakin jambatan itu turut memainkan peranan penting kepada bandaraya pada masa hadapan memandangk­an ia me- nambahkan lagi kecantikan terhadap komuniti di sekitarnya.

Katanya, pelaburan dalam infrastruk­tur adalah pelaburan masa depan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Asian Pac Holding Berhad, Datuk Mustapha Buang.

 ??  ?? PELABURAN MASA DEPAN: Abidin (kiri) menandatan­gani plat perasmian sebagai simbolik pelancaran, sambil disaksikan oleh Mustapha (kanan).
PELABURAN MASA DEPAN: Abidin (kiri) menandatan­gani plat perasmian sebagai simbolik pelancaran, sambil disaksikan oleh Mustapha (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia