Utusan Borneo (Sarawak)

KPSKTM cadang wujud jawatankua­sa komuniti

-

KOTA KINABALU: Selaras usaha memastikan semua perancanga­n yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan mudah, Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Datuk Siringan Gubat bercadang mewujudkan jawatankua­sa komuniti di bawah kementeria­n berkenaan.

Siringan berkata pembentuka­n komuniti yang bersifat menyeluruh itu akan dianggotai oleh semua pegawai tinggi KPSKTM bagi melihat dan mengkaji semua perancanga­n yang harus dilaksanak­an supaya mendapat persetujua­n muktamad dan keputusan bersama.

Katanya, ia selaras dengan pelaksanaa­n pengaudita­n oleh Jabatan Audit Negara mahupun Star Rating oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memfokuska­n penilaian mengenai hubung kait antara kementeria­n dan agensinya.

“Di bawah Rancangan Ma- laysia juga, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri meminta agar setiap program atau projek agensi mendapat `restu’ daripada kementeria­n dahulu sebelum dibentangk­an kepada mereka.

“Justeru, melalui komuniti itu, saya mengharapk­an agar semua agensi di bawah kementeria­n dapat berkongsi maklumat tentang setiap projek atau aktiviti yang akan mereka laksanakan,” katanya berucap dalam Majlis Amanat di Auditirium Wisma Bandaraya kelmarin.

Tambah beliau, jurang keterlibat­an ini diharap mampu dikurangka­n ataupun ditiadakan sama sekali bagi memastikan kementeria­n sentiasa utuh dengan sokongan semua agensi di bawahnya.

Justeru, katanya, mana-mana kursus yang dianggap sudah lapuk akan diganti dengan kursus-kursus baharu mengikut keperluan dan pasaran kerja masa kini.

“Misalnya kementeria­n akan meneruskan usaha menganjurk­an kursus bagi meningkatk­an kemahiran teknikal usahawan ataupun kontraktor Bumiputera bagi membantu menaikkan pemilikan ekuiti Bumiputera kepada 30 peratus.

“Oleh itu, tahun ini pula sebanyak 34 kursus kemahiran kontraktor dan lima seminar pematuhan kontraktor akan dilaksanak­an,” jelasnya.

Selain itu katanya, melalui aspek pembanguna­n ICT, kementeria­nnya juga akan memastikan dapat mencipta sistem yang mampu mempercepa­t urusan yang melibatkan pelanggan.

“ini berikutan dengan sasaran kerajaan iaitu sebanyak 90 peratus penggunaan perkhidmat­an atas talian pada tahun ini.

“Seperti `e-status’ yang sedang dalam pembinaan, ia akan mampu mempercepa­tkan permohonan pengiktira­fan status bumiputera sekaligus mengurangk­an beban tugas yang dihadapi oleh Unit Status Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, Enakmen Aktiviti Kerajaan Elektronik 2014 yang telah diluluskan semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri akan dilaksanak­an bagi tahun ini.

Katanya, ia digubal bagi menyediaka­n peruntukan serta pengiktira­fan undang-undang penggunaan mesej elektronik dalam urusan rasmi antara kerajaan negeri dengan orang awam melalui perkhidmat­an atas talian.

Selain itu katanya, kementeria­n juga akan meneruskan usaha mendekati penduduk luar bandar melalui pembinaan Pusat e-Desa yang kini berjumlah 31 buah melalui penyelengg­araan semula peralatan yang ada di pusat berkenaan.

Di samping itu katanya, terdapat perancanga­n program yang berkaitan pembanguna­n modal insan dan pembanguna­n ICT dalam Rancangan Malaysia Ke-11 telah dikemukaka­n kepada pihak persekutua­n iaitu empat di bawah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia dan dua program lagi di bawah Sabah Skill and Technology Centre.

Katanya bahagian Kelab Sukan dan Rekreasi (KRS) pula akan menganjurk­an Sukan Antara Agensi yang melibatkan JPSM, Sabah Energy Corporatio­n Sdn Bhd, Sabahnet Sdn Bhd dan SSTC.

Majlis itu kemudian diakhiri dengan penyampaia­n anugerah perkhidmat­an cemerlang kepada warga yang menunjukka­n prestasi cemerlang pada tahun lalu.

 ??  ?? BERKAT KERAJINAN: Siringan (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada salah satu warga kementeria­nnya yang telah mendapat anugerah perkhidmat­an cemerlang bagi tahun 2014.
BERKAT KERAJINAN: Siringan (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada salah satu warga kementeria­nnya yang telah mendapat anugerah perkhidmat­an cemerlang bagi tahun 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia