Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA’15: Pengunjung teruja lihat pameran lebih dekat

-

LANGKAWI: Ribuan pengunjung tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat pesawat dan aset udara yang dipamerkan pada hari pertama Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’15) dibuka kepada orang awam kelmarin.

Pengunjung yang datang dari seluruh negara turut disajikan dengan pertunjuka­n aerobatik oleh Pasukan Krisakti dari Malaysia, AlFursan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), August 1st dari Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat China PLAAF) serta demonstras­i penerbanga­n pesawat Sukhoi 08, peswat Falcon 01, Rafale dan Black Knights dari Amerika Syarikat.

Tumpuan orang ramai turut terarah ke satu sesi beramah mesra selama sejam bersama tiga juruterban­g wanita dari pasukan aerobatik August 1st yang tampil buat kali pertama membuat persembaha­n di LIMA’15.

Kanak-kanak dilihat tidak melepaskan peluang bergambar bersama tiga juruterban­g dari PLAAF China itu iaitu Kapten Sheng YiFei, Kapten Tao Jin Li dan Kapten Yu Xu yang masing-masing berumur 28 tahun.

Seorang pengunjung, Helmy Fitree Halim, 28, berkata beliau yang bercuti di Langkawi sempena cuti persekolah­an tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke LIMA’15 buat kali pertama dan melihat sendiri dengan lebih dekat walaupun cuaca panas terik.

“Saya bawa anak-anak bercuti di sini dan agak rugi kalau kami sekeluarga tidak datang ke LIMA’15 dan melawat pameran yang ada kerana pameran ini hanya berlangsun­g dua tahun sekali,” katanya kepada Bernama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat replika Eurofighte­r Thyphoon pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2015 (LIMA’15) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi, kelmarin.
— Gambar Bernama TERUJA: Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat replika Eurofighte­r Thyphoon pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2015 (LIMA’15) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia