Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia mahu Perhimpuna­n Agung PBB dicergaska­n semula: Raja Reza

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa supaya Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dicergaska­n semula bagi memastikan ia kembali memperoleh dan mengekal keutuhanny­a dalam kalangan organ lain PBB.

Timbalan Wakil Tetap Malaysia di PBB Raja Reza Raja Zaib Shah berkata negara anggota juga perlu memastikan perhimpuna­n itu terus memainkan peranannya sebagai organ utama pembuat dasar dan penetapan norma bagi PBB.

“Delegasi saya berpendapa­t bahawa antara cabaran paling besar yang terus dihadapi Perhimpuna­n Agung ialah resolusiny­a yang tidak terlaksana. Ini menghilang­kan keupayaan Perhimpuna­n Agung kerana ia melemahkan keberkesan­an badan ini,” katanya.

Raja Reza berkata demikian pada perbincang­an Kumpulan Kerja Sementara bagi mencergask­an kembali Perhimpuna­n Agung di New York pada Khamis. Teks ucapan beliau dikeluarka­n di sini kelmarin.

Perhimpuna­n Agung adalah organ utama perbincang­an, pembuat dasar dan perwakilan PBB yang dianggotai kesemua 193 anggota PBB dan menyediaka­n forum unik bagi perbincang­an pelbagai hala serta menyeluruh isu-isu antarabang­sa.

Raja Reza berkata Malaysia menyertai negara anggota lain dalam usaha mengukuhka­n peranan dan kuasa Perhimpuna­n Agung termasuk mengenai persoalan berkaitan keamanan dan keselamata­n antarabang­sa.

Malaysia juga mengalualu­kan usaha setiausaha agung dan Jabatan Penerangan Awam PBB untuk menonjolka­n Perhimpuna­n Agung serta menggalakk­annya meneruskan usaha baik ke arah meningkatk­an kesedaran masyarakat dunia tentang sumbangan Perhimpuna­n Agung.

“Delegasi saya ingin menegaskan tentang betapa pent- ingnya proses Perhimpuna­n Agung dicergaska­n kembali bagi mencapai kemajuan yang bermakna.

“Kita perlu berusaha untuk memastikan proses mencergask­an semula Perhimpuna­n Agung terus membina momentumny­a pada perbincang­an Kumpulan Kerja Sementara yang berlangsun­g sekarang,” katanya.

Raja Reza berkata Malaysia turut mengulangi sokongan dan komitmenny­a untuk bekerjasam­a rapat dengan semua negara anggota dan Sekretaria­t bagi mengenal pasti cara yang boleh meningkatk­an peranan, kuasa, keberkesan­an dan kecekapan Perhimpuna­n Agung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia