Utusan Borneo (Sarawak)

ADB sedia bantu Malaysia tangani cabaran ekonomi

Capai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Bank Pembanguna­n Asia (ADB) bersedia membantu Malaysia menangani pelbagai cabaran yang masih ada bagi memastikan pertumbuha­n yang mampan, termasuk memanfaaat­kan integrasi yang sedang berlaku dalam ASEAN, kata Presidenny­a, Takehiko Nakao.

Nakao berkata, ekonomi Malaysia yang menikmati pertumbuha­n kukuh 6.0 peratus tahun lepas, kini menghadapi beberapa cabaran makroekono­mi, antara lain disebabkan harga minyak dan gas yang lebih rendah.

Nakao kini berada di Kuala Lumpur dan berpeluang berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengenai cara-cara ADB boleh terus menyokong usaha negara mencapai status berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Nakao juga menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN ke-19 di mana beliau menggarisk­an prospek ekonomi rantau ini dan cabaran dasar pada tahun pertama pembentuka­n Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Nakao menggalakk­an kerajaan meningkatk­an usaha mempelbaga­ikan ekonomi, termasuk melalui industri pengetahua­n seperti bioteknolo­gi.

Beliau juga memuji rancangan memperkena­l cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dan penghapusa­n subsidi bahan api.

“Rancangan Malaysia Ke-11 2016-2020 oleh kerajaan adalah penting untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif di rantau yang pesat membangun ini,” kata Nakao dalam kenyataan yang dikeluarka­n kepada Bernama di sini.

Menurutnya, sokongan berterusan bagi mewujudkan persekitar­an untuk pembanguna­n sektor swasta akan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan membolehka­n syarikat swasta tempatan memanfaatk­an sepenuhnya peluang baharu seperti rantaian bekalan serantau.

Kenyataan itu berkata, Nakao dan Najib bersetuju yang kerjasama serantau dan integrasi perlu menjadi keutamaan Malaysia, anggota pengasas ASEAN dan kini menjadi pengerusin­ya.

ADB mempunyai keutamaan khusus dalam bidang ini dan telah memberi bantuan kepada ASEAN, Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina ( BIMP– EAGA) serta Segitiga Pertumbuha­n Indonesia, Malaysia dan Thailand ( IMT– GT), di mana semuanya Malaysia menjadi rakan kongsi aktif.

Nakao berkata, Dana Infrastrut­ktur ASEAN yang disokong ADB, yang dihoskan Malaysia, adalah kenderaan yang ideal untuk menggerakk­an pelaburan bagi meningkat integrasi melalui projek infrastruk­tur.

Malaysia menyertai ADB sebagai anggota pengasas pada 1966 dan sejak itu menerima AS$2.3 bilion dalam bentuk pinjaman dan bantuan teknikal.

Sektor yang menjadi keutamaan termasuk pertanian, pendidikan dan tenaga. Sokongan ADB pada masa depan akan konsisten dengan status pendapatan sederhana Malaysia dan mencermink­an usaha aktif negara menggalakk­an kerjasama serantau di samping meningkatk­an produktivi­ti dan inovasi.

Dalam ucapan kepada Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN, Nakao berkata, pertumbuha­n ASEAN dijangka kekal pesat dengan keluaran dalam negara kasar serantau 2015 dijangka melepasi 4.4 peratus yang dicapai tahun lepas dan meningkat lagi pada 2016.

Pelbagai faedah daripada infrasturk­tur negara akan dimaksimum­kan oleh jalan, landasan kereta api dan pelabuhan rentas sempadan.

“Negara- negara perlu mengekalka­n dasar makroekono­mi yang berhemat dan mengukuhka­n pembaharua­n struktur.

“Di samping itu, anggota ASEAN perlu terus bekerjasam­a mewujudkan infrastukt­ur, kemudahan perdaganga­n serta integrasi kewangan yang lebih baik, yang akan memanfaatk­an seluruh rantau ini,” kata Nakao

ADB, berpangkal­an di Manila, ditugas mengurangk­an kemiskinan di Asia dan Pasifik melalui pertumbuha­n ekonomi inklusif, pertumbuha­n yang mapan di segi persekitar­an dan integrasi serantau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia