Utusan Borneo (Sarawak)

Public Bank perkenal aplikasi perbankan bergerak berbilang bahasa pertama

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Public Bank Berhad semalam telah melancarka­n PB engage, suatu aplikasi perbankan bergerak berbilang bahasa.

PB engage ialah aplikasi perbankan bergerak pertama dalam industri perbankan yang mempunyai tiga bahasa - bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Cina.

PB engage adalah lanjutan tanpa batasan kepada Perbankan Internet PBe bank yang sedia ada. Aplikasi baharu ini yang direka bentuk untuk menyediaka­n perbankan yang selamat dan mudah, membenarka­n pengguna- pengguna menjalanka­n urusan perbankan mereka dalam bahasa pilihan mereka.

Pelanggan-pelanggan PBe boleh log masuk ke PB engage menggunaka­n ID Pengguna dan Kata laluan PBe mereka yang sedia ada untuk terus menikmati fleksibili­ti dan kemudahan mengakses akaun kewangan mereka pada bilabila masa dan di mana jua.

PB engage mempunyai panduan segera untuk membantu pengguna kali pertama membiasaka­n diri mereka dengan susun atur dan fungsi aplikasi berkenaan.

Serupa dengan laman web PBe, PB engage mempunyai antara muka mesra pengguna yang menggunaka­n petak urus niaga berdasarka­n warna bagi fungsi yang berbezabez­a. Aplikasi ini juga membolehka­n pengguna memilih daripada senarai pintas yang disediakan bagi mendapatka­n akses serta-merta ke urus niaga yang popular.

Ia direka bentuk untuk digunakan dengan ringkas dan mudah apabila dilihat pada peranti bergerak.

Pelanggan boleh membuat pertanyaan baki, memindahka­n dana, menambah nilai prabayar untuk telefon dan pembayaran sambil bergerak. Dengan PB engage, Public Bank yakin ia akan dapat memberikan pengalaman perbankan bergerak yang paling cekap dan selamat kepada pelanggan-pelanggan kami.

Muat turun aplikasi ini adalah percuma dan kini disediakan di telefon pintar dan tablet yang berfungsi menggunaka­n sistem operasi Apple iOS dan Android.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aplikasi baharu PB engage dan laman web PBe, sila layari www. pbebank.com atau hubungi Sokongan Pelanggan PBe di 03-21795000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia