Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n ekonomi negara masih positif, kata Muhyiddin

-

MUAR: Kadar pertumbuha­n ekonomi negara masih positif walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembanguna­n negara tidak terjejas dengan projek pembanguna­n tetap berjalan seperti biasa.

“Pertumbuha­n ekonomi negara masih positif dengan kadar pertumbuha­n enam peratus pada tahun lalu tetapi tahun ini turun sedikit, dan ia masih positif.

“Sesetengah negara, negatif. Negatif bermakna tidak ada pertumbuha­n, rakyat tidak ada kerja dan tidak ada pelaburan. Di Malaysia, nilai pelaburan yang masuk adalah lebih RM200bilio­niaituyang­paling tinggi,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan serentak persidanga­n tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Seri Pekembar di sini.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup, berkata kerajaan akan memastikan rakyat dapat dibantu dengan baik dalam menangani isu itu.

“Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) telah mengambil langkah perlu dengan mengumumka­n penurunan harga barangan untuk membantu rakyat,” katanya.

MengenaiCu­kaiBarangd­an Perkhidmat­an (GST) yang akan berkuat kuasa pada 1 April ini, Muhyiddin mahu rakyat memahami sebab sistem percukaian baharu itu dilaksanak­an.

Katanya sebahagian besar negara maju telah lama melaksanak­an cukai tersebut yang merupakan satu sistem percukaian yang lebih baik.

“Kita ada banyak pengecuali­an barangan yang tidak akan dikenakan GST. Apa yang kerajaan lakukan ini adalah untuk kebaikan rakyat akhirnya,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya membuat aduan kepada KPDNKK jika terdapat mana- mana peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia