Utusan Borneo (Sarawak)

Samsung perkenal mesin basuh ‘activ dualwash’

-

MIRI: Samsung Malaysia Electronic­s kini memperkena­lkan teknologi baharu dalam pencucian pakaian dengan pelancaran mesin basuh ‘activ dualwash’ yang direka untuk memudahkan kerja- kerja membasuh pakaian.

Kebanyakan rumah tidak mempunyai sinki di bilik dobi mereka, justeru para suri rumah memerlukan tempat lain untuk melakukan prabasuh sebelum pakaian dibawa ke mesin basuh.

Mesin basuh muatan atas terbaharu dari Samsung menyelesai­kan masalah ini dengan pengenalan teknologi ‘activ dualwash.’

‘Activ dualwash’ ini merangkumi satu sinki yang terletak di atas mesin basuh yang menyediaka­n ruang yang berasingan untuk merawat kesan yang sukar, seperti kotoran pada pakaian yang sukar dibersihka­n dengan hanya membasuh sahaja.

Selain itu, ciri lain adalah ‘ Magic Dispenser,’ yang memudahkan serbuk pencuci atau detergen disebarkan dengan lebih rata.

Mesin basuh ini juga memiliki teknologi ‘Wobble’ Samsung yang menghalang kekusutan pada pakaian. Ia juga direka untuk mencegah kerosakan kain yang disebabkan oleh geseran tanpa menjejaska­n prestasi mesin basuh.

Mesin basuh Samsung ‘activ dualwash’ ini boleh didapati mulai Mac 2015 dengan harga runcit yang disyorkan bermula dari RM1,499 hingga RM2,999 (untuk muatan 9kg sehingga 16kg).

Di Miri, ia kini boleh didapati di pengedar sah Samsung iaitu Bintang Jaya Store (M) Sdn Bhd yang mengendali­kan kedai Samsung Brand Store yang terletak di Marina Square, sini.

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Pengarah Urusan Bintang Jaya Store (M) Sdn Bhd Paul Liaw (tengah) serta wakil Samsung Malaysia Electronic­s Hosea Lim (kanan) bersama-sama memotong reben bagi menandakan pelancaran rasmi mesin basuh Samsung ‘activ dualwash’ di premis...
SELAMAT MAJU JAYA: Pengarah Urusan Bintang Jaya Store (M) Sdn Bhd Paul Liaw (tengah) serta wakil Samsung Malaysia Electronic­s Hosea Lim (kanan) bersama-sama memotong reben bagi menandakan pelancaran rasmi mesin basuh Samsung ‘activ dualwash’ di premis...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia