Utusan Borneo (Sarawak)

Bellygood Cafe di Bandar Riyal pikat ramai pengunjung

-

KUCHING: Pihak Bellygood Cafe di Bandar Riyal Kota Samarahan yang baharu dibuka secara rasmi semalam memberi jaminan menawarkan hidangan berkualiti untuk nilai wang yang dibelanjak­an pelanggan.

Pemiliknya, Linus Hoon (Ah Chuan) berkata beliau mengadakan uji rasa bagi setiap menu daripada lebih 10 gerai yang terdapat di dalam bangunan gerainya yang berkeluasa­n 5,000 kaki persegi itu.

“Kita mempunyai hidangan signature iaitu ‘Char Siew Pork Belly’ dan pastinya lebih enak jika digandingk­an bersama ‘Bellygood’ Kopiccino buatan tempatan.

“Selain itu, pihak kami juga mempunyai Hong Kong BBQ, mi kolok,’ claypot’, laksa Sarawak, ‘ fastfood, roti bakar, mi sapi, ayam penyet, makanan Dayak, mi goreng dan ayam panggang antaranya,” katanya ketika ditemui semalam di sini.

Ruangan Bellygood Cafe boleh memuatkan sekitar 300 sehingga 350 pelanggan pada satu- satu masa yang dibuka setiap hari bermula seawal 7 pagi sehingga tengah malam.

Dekorasi Bellygood Cafe dicipta sendiri oleh pemiliknya untuk membangkit­kan rasa selesa ketika menikmati hidangan yang turut mengutamak­an perkhidmat­an layanan pelanggan dan kebersihan.

Sejak dibuka dua minggu lepas pihaknya mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada para pelanggan.

Dengan bantuan 25 kakitangan pihaknya menguruska­n cafe tersebut untuk dua syif masa bekerja.

Bagaimanap­un, Ah Chuan turut menyatakan hasrat untuk membuka sebuah lagi restoran makanan ‘ hibrid’ barat di dalam tempoh masa satu hingga dua tahun akan datang.

Beliau sendiri mempunyai banyak pengalaman di dalam pengurusan F&B dari negara jiran Singapura.

Keselamata­n juga terjamin di cafenya dengan kawalan kamera litar tertutup (CCTV).

Seleksi untuk makanan halal bagi yang beragama Islam diletakkan di sudut ruangan berbeza untuk keselesaan pelanggan.

Bellygood terletak di tingkat bawah. Sublot 30 Lot 9224, Block 26, Bandar Riyal, MTLD Samarahan, Kuching.

 ??  ?? SELESA: Suasana di Bellygood Cafe yang mendapat tempat di hati pengunjung.
SELESA: Suasana di Bellygood Cafe yang mendapat tempat di hati pengunjung.
 ??  ?? SEMUANYA ADA DI SINI: Pilihan makanan yang pelbagai di Bellygood Cafe.
SEMUANYA ADA DI SINI: Pilihan makanan yang pelbagai di Bellygood Cafe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia