Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dinaik taraf pada 2016

-

LANGKAWI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LIA) pada tahun depan selepas diundi sebagai lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik bagi kategori kurang daripada dua juta penumpang setahun untuk tahun kedua berturuttu­rut.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata LIA telah melepasi kapasiti pengendali­an 1.5 juta penumpang dan pelan untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut termasuk dalam Ran- cangan Malaysia Ke-11.

“Projek menaik taraf LIA akan bermula pada tahun depan dan saya yakin sudah sampai masanya kerana ia akan meningkatk­an jumlah ketibaan pelancong di Langkawi,” katanya kepada Bernama pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2015 (LIMA’15) di sini.

Beliau berkata projek menaik taraf itu akan dilaksanak­an secara berperingk­at bermula dengan membesarka­n dewan terminal.

Bagaimanap­un, Badlisham tidak menyatakan kos kerja- kerja menaik taraf tersebut.

Bulan lepas, LIA diundi sebagai lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik bagi kategori kurang daripada dua juta penumpang setahun untuk tahun kedua berturut- turut di bawah Anugerah Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang ( ASQ) 2014 oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabang­sa ( ACI).

Beliau juga berkata sejumlah 2.2 juta penumpang tiba di LIA pada tahun lepas dan trend peningkata­n itu dijangka berterusan berdasarka­n jumlah ketibaan pelancong.

“Langkawi semakin membangun dan kerja-kerja menaik taraf LIA akan selaras dengan siapnya Hotel St Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Langkawi.

“Selain menarik pelancong, kami yakin Langkawi lebih daripada berupaya menjadi tuan rumah kepada acaraacara antarabang­sa apabila projek menaik taraf itu siap,” katanya.

LIA terletak di Padang Matsirat di pulau bebas cukai dan kira-kira 25 minit perjalanan dari pusat bandar, Kuah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia