Utusan Borneo (Sarawak)

Christoph Mueller ambil alih tugas CEO MAS mulai 1 Mei ini

-

KUALA LUMPUR: Christoph Mueller akan mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Malaysian Airline System Bhd (MAS), berkuat kuasa 1 Mei ini.

Beliau akan menggantik­an Ahmad Jauhari Yahya, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan MAS serta CEO Kumpulan dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah syarikat itu mulai 1 Mei hingga 31 Dis, 2015, kata MAS dalam satu kenyataan semalam.

Keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah yang bermesyuar­at pada 18 Mac lepas dan menerima kelulusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang juga pemegang saham tunggal terbesar MAS, semalam, berhubung pelantikan Mueller dan perkaraper­kara yang berkaitan.

Mueller ketika ini men- yandang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah serta sebagai CEO entiti baharu dikenali Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Menurut MAS, peralihan kepemimpin­an yang dipercepat­kan itu akan membolehka­n Mueller mengetuai keseluruha­n usaha penstruktu­ran semula MAS ketika ia memasuki antara fasa kritikalny­a.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Christoph (Mueller) dan mengharapk­an kepemimpin­annya sebagai Pengarah Urusan dan CEO baharu dalam usaha memacu proses pemulihan dan meletakkan semula ikon kebangsaan ini ke status yang sewajarnya.

“Kami juga menghargai dan mengucapka­n terima kasih kepada Ahmad Jauhari di atas dedikasi dan perkhidmat­annya yang tidak berbelah bahagi terhadap MAS,” kata Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof, dalam kenyataan itu.

Menurut syarikat penerbanga­n kebangsaan itu, entiti baharu NewCo akan bersedia bagi migrasi operasi, aset dan liabiliti MAS pada 1 Julai, 2015.

Kakitangan baharu NewCo akan mula bekerja pada 1 Sep, 2015 bersama-sama Mueller, yang secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan NewCo pada tarikh sama berkenaan.

“Bagi kemudahan usaha migrasi ini, NewCo akan mengeluark­an surat tawaran kerja kepada kakitangan terpilih MAS pada 1 Jun, 2015. Pada tarikh sama, MAS akan mengeluark­an surat pemberhent­ian kerja dengan notis tiga bulan kepada semua kakitangan­nya.

“Perubahan daripada jadual awal yang sepatutnya pada 1 April, 2015 telah diluluskan pihak Khazanah pada 20 Mac, 2015,” kata MAS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia