Utusan Borneo (Sarawak)

Cab Cakaran, syarikat Jepun jalin kerjasama perniagaan tenaga biojisim

-

GEORGE TOWN: Syarikat penternaka­n, CAB Cakaran Corporatio­n Bhd telah memeterai perjanjian kerjasama dengan New Chemical Trading yang berpangkal­an di Jepun serta Seri Kedah Corporatio­n Sdn Bhd, bagi mewujudkan kilang tenaga biojisim yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Pengarah Urusan CAB Cakaran, Christophe­r Chuah Hoon Phong, berkata kilang yang dijangka siap pada 2017, akan turut menjadi usaha pertama syarikat bagi produk hiliran perniagaan penternaka­n.

“Kilang itu akan menghasilk­an baja sebagai produk sampingan menerusi sisa tahi ayam, penjualan tenaga serta pemprosesa­n sisa daging sebagai protein dan kalsium makanan haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemeteraia­n memorandum persefaham­an bagi memuktamad­kan perjanjian dengan dua pihak terbabit.

Chuah bagaimanap­un enggan menyatakan kos pelaburan cadangan kilang berkenaan atas alasan kajian kesesuaian masih dijalankan bagi menentukan lokasi terbaik, ujian tanah, pengumpula­n sisa dan infrastruk­tur berkaitan.

Kira-kira 90 peratus New Chemical Trading dimiliki Nippo Holdings Co Ltd manakala Seri Kedah memberi bantuan sokongan bagi tujuan kelulusan geran berkaitan, subsidi, lesen perniagaan bagi kontrak yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) atau pihak berkuasa lain bagi mengendali­kan perniagaan kilang tenaga biojisim dan solar photovolta­ic.

Dua syarikat kerjasama akan diwujudkan di bawah persepakat­an yang diuruskan Pihak berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA).

Di bawah kerjasama pertama itu, New Chemical Trading dan Seri Kedah akan menubuhkan satu syarikat kerjasama bagi pelesenan teknologi khusus dan yang berkaitan dengan penjana tenaga biojisim.

Reka bentuk kilang itu dilakukan syarikat Jepun, Nangoku Kousan Co Ltd dan syarikat kerjasama itu bertanggun­gjawab bagi tujuan perkhidmat­an penyelengg­araan kemudahan pemprosesa­n dan peralatan serta pemasaran baja berkenaan.

Syarikat kerjasama kedua pula akan diperbadan­kan oleh CAB Cakaran, New Chemical Trading dan Seri Kedah untuk menumpukan usaha penjanaan tenaga biojisim dan jualan tenaga berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia