Utusan Borneo (Sarawak)

Serang ejen sempadan, lelaki parah

-

WASHINGTON: Pihak polis New Orleans menembak seorang lelaki sebanyak tiga kali di Lapangan Terbang A n t a r a b a n g s a L o u i s Armstrong kelmarin selepas dia menyerang beberapa ejen sempadan dengan sebilah parang dan penyembur tebuan, menurut pihak berkuasa.

Suspek, Richard White, menyerang seorang ejen sempadan dengan parang, menetak tangan kanan mangsa sebelum menyasari dua ejen lain dengan penyembur serangga, Sheriff Jefferson Parish Newell Normand memberitah­u wartawan.

Seorang anggota polis menembak White tiga kali ketika dia cuba melarikan diri, mengenai bahagian dada, muka dan pahanya.

Newell menyatakan White dikejarkan ke hospital dan masih lagi tidak memberikan sebarang respons.

Tiga ejen Pentadbira­n Keselamata­n Pengangkut­an (TSA) itu diserang di garisan prapemerik­saan masuk ketika mengimbas pas untuk menaiki pesawat, menimbulka­n panik di kalangan pelancong yang bertempiar­an lari ketika tembakan dilepaskan.

Seorang penumpang cedera dengan calar pada lengannya semasa insiden itu, manakala yang lain luka ringan.

Belum dapat dipastikan sama ada White merupakan seorang penumpang ataupun motif serangan, menurut Normand.

“Kami tidak mempunyai maklumat pada masa sekarang mengenai sebarang kaitan di antara pelaku dan sesiapa sahaja di lapangan terbang ini,” kata beliau.

White merupakan pemandu teksi yang baharu sahaja menerima lesennya dan tiada sejarah jenayah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MEMUJA API: Penduduk Kurdis Iraq membawa jamung ketika mendaki gunung di mana bendera gergasi wilayah autonomi Kurdistan dikibarkan bagi meraikan Nowruz, pesta musim bunga dan Tahun Baharu Parsi di bandar Akra, kelmarin.
— Gambar Reuters MEMUJA API: Penduduk Kurdis Iraq membawa jamung ketika mendaki gunung di mana bendera gergasi wilayah autonomi Kurdistan dikibarkan bagi meraikan Nowruz, pesta musim bunga dan Tahun Baharu Parsi di bandar Akra, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia