Utusan Borneo (Sarawak)

Mahu sertai IS, remaja Kanada ditahan

-

OTTAWA: S e o r a n g remaja Kanada berniat untuk menyertai rangkaian kumpulan Islamic State di Syria telah ditangkap, menurut pihak berkuasa Kanada kelmarin.

Cubaan oleh remaja berusia 17 tahun itu untuk bersama dengan kumpulan ekstremis adalah bukti bahawa ancaman bagi keganasan adalah benar, menurut jurucakap bagi Menteri Keselamata­n Awam Steven Blaney.

Remaja tersebut telah ditangkap pada Khamis lepas di pekan Beaumont, tidak jauh ke selatan Edmonton, Alberta di barat Kanada, oleh anggota cawangan khas dalam pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada (RMCP).

“Kami mengucapka­n tahniah kepada pihak polis dan agensi-agensi keselamata­n negara kami bagi kerjasama mereka untuk kes ini,” kata jurucakap Jean-Christophe de Le Rue.

Remaja tersebut, yang mana namanya tidak dinyatakan, telah didakwa dengan dua tuduhan berkaitan dengan keganasan, menurut kepada media tempatan.

Dia akan terus ditahan sehingga kehadirann­ya di mahkamah juvana pada 9 April.

Sekurang-kurangnya enam orang rakyat Kanada telah terkorban sepanjang dua tahun lepas ketika berjuang bersama dengan kumpulan ekstremis di Syria dan Iraq.

Kerajaan persekutua­n telah mencadangk­an memperketa­tkan undangunda­ng menangani keganasan di negara ini dalam langkah untuk membantera­s insiden sebegitu.

Kerajaan mendesak langkah tersebut selepas seorang penembak membunuh seorang pengawal majlis dan menyerbu parlimen, serta kes pembunuhan langgar lari seorang lagi askar di luar bandar Quebec minggu sama Oktober lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia