Utusan Borneo (Sarawak)

SMS dan video perkauman, tiga anggota polis dipecat

-

MIAMI: Tiga anggota polis Florida dipecat dan anggota polis keempat meletak jawatan selepas berbalas teks pesanan ringkas (SMS) dan video serangan bersifat perkauman, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Episod muncul pada saat kritikal di Amerika Syarikat (AS) di mana anggota polis di seluruh negara dikecam atas penggunaan kekerasan berlebihan yang menyasari rakyat Afrika-Amerika.

“Tindakan keempat-empat anggota polis itu termasuk SMS sesama mereka sendiri dan bekas anggota polis,” menurut Ketua Polis Fort Lauderdale Frank Adderley.

Bahan yang menyinggun­g perasaan itu termasuk SMS dengan slogan rasis dan iklan filem olok-olok oleh salah seorang ejen tersebut.

Iklan menunjukka­n seseorang memakai jubah putih seperti anggota ketuanan kulit putih Ku Klux Klan dan satu montaj gambar Presiden AS Barack Obama yang ditunjukka­n dengan gigi bersalut emas.

Satu siasatan telah dilakukan pada mulanya pada Oktober, pada satu peringkat di mana empat anggota telah digantung daripada tugas biasa mereka.

Sejak itu, seorang telah meletakkan jawatan dan tiga orang lagi dipecat, menurut Adderley, mengumumka­n keputusan siasatan.

“Tindakan mereka tidak boleh diterima dan tiada tolak ansur bagi sikap sebegini dalam Jabatan Polis Fort Lauderdale,” menurut Adderley.

Pasukan polis di bandar tenggara Florida itu mempunyai 500 anggota. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia