Utusan Borneo (Sarawak)

‘ PERANG’ TERHADAP PATI

Kerajaan bertindak tegas terhadap pendatang asing tanpa izin sebelum masalah menjadi lebih parah: Adenan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam mengisytih­arkan ‘perang’ ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas kejayaan dalam memerangi pembalakan haram.

Berucap pada sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Negeri 2015 semalam, Adenan berkata tahun ini kerajaan negeri telah meraikan beberapa kejayaan dalam memerangi pembalakan haram.

Pada masa yang sama, katanya, Sarawak turut menyaksika­n permulaan kepada usaha memerangi PATI yang semakin membimbang­kan di negeri ini.

“Anda tahu apa yang berlaku di Miri. Semakin ramai orang Suluk dan Bajau dari Filipina yang memasuki bandar itu secara haram.

“Dari jumlah sekecil 100 orang kini meningkat kepada 400 dan seterusnya 500 orang dan mungkin lebih ramai lagi.

“Kita telah memberi amaran kepada pihak yang berkenaan berhubung masalah ini tetapi tiada apa yang dilakukan oleh mereka,” ujar Adenan pada majlis yang berlangsun­g di Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Tambah Adenan, tindakan harus diambil bagi menangani masalah itu sebelum ia bertambah parah.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Sabah terjadi di Sarawak. Saya minta maaf tetapi kita harus ambil tindakan yang tegas berhubung isu ini.

“Saya sedar ia mungkin akan melibatkan kanak-kanak dan wanita jangan fikir saya gembira dengan tindakan kita membasmi pendatang haram ini.

 ??  ?? TERTARIK: Adenan melihat contoh kayu hasil inovasi PUSAKA yang dipamerkan sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Kuching,
semalam.
TERTARIK: Adenan melihat contoh kayu hasil inovasi PUSAKA yang dipamerkan sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia