Utusan Borneo (Sarawak)

‘BIKERS’ BANTU CEKUP SUSPEK KES ROMPAK

-

KUCHING: Keprihatin­an sekumpulan ahli sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang cuba membantu dua lelaki membawa kepada penangkapa­n suspek kes rompak semalam.

Menurut sumber, beberapa ahli kelab tersebut pada mulanya curiga melihat dua suspek berkenaan yang mempunyai kesan tompokan darah pada seluar mereka di Lebuh India di sini sekitar jam 8.30 pagi.

Ahli kelab berkenaan yang prihatin jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kemudian cuba menahan kedua-dua suspek tersebut, namun mereka terus melarikan diri.

“Mereka mulanya cuba membantu kerana menyangka yang suspek terbabit dirompak kerana terdapat kesan darah pada seluar, tetapi melihat kedua-dua suspek melarikan diri semasa hendak ditahan menyebabka­n mereka terus mengejar mereka.

“Seorang daripada suspek berjaya ditahan dan selepas disiasat suspek didapati telah merompak seorang lelaki di hadapan sebuah bank berdekatan Tebingan Kuching,” kata sumber.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad yang mengesahka­n tangkapan tersebut memberitah­u suspek dan rakannya telah merompak seorang lelaki berusia 26 tahun yang turut menyebabka­n kecederaan.

“Mangsa sekitar jam 8.20 pagi telah didatangi kedua-dua suspek yang kemudian menolaknya sehingga terjatuh serta menumbukny­a menyebabka­n mangsa terpaksa menjerit meminta pertolonga­n.

“Kedua-dua suspek yang berjaya mendapatka­n dompet mangsa bagaimanap­un melarikan diri dari tempat kejadian ke arah Lebuh India di mana ketika itu ahli kelab Boneshaker­s turut berada di situ dan berjaya menahan seorang daripada mereka,” kata Roslan.

Hasil siasatan awal oleh cawangan D9 IPD Kuching kemudian berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 22 tahun di sebuah bilik sewa di Jalan Carpenter sekitar jam 10.20 pagi.

Kedua-dua suspek sebelum itu juga dipercayai merompak telefon bimbit seorang lelaki di Tebingan Kuching.

Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan.

 ??  ?? TUMPAS: Kedua-dua suspek ditahan oleh cawangan D9 IPD Kuching untuk tindakan lanjut.
TUMPAS: Kedua-dua suspek ditahan oleh cawangan D9 IPD Kuching untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia