Utusan Borneo (Sarawak)

TINGGAL KENANGAN

KedaiK jual peralatan menjahitah­it sejak 40 tahun lalu musnah dalam kebakaran.

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Sebuah perusahaan menjual peralatan menjahit yang dijalankan sejak kira-kira 40 tahun lalu, oleh seorang ketua masyarakat kini tinggal kenangan apabila kedai di pusat komersil Kenyalang Park itu musnah dalam kebakaran pada malam kelmarin (Sabtu).

Pemiliknya, Penghulu Tan Tuan Yee memberitah­u, beliau menerima panggilan kira-kira 30 minit selepas menutup kedai, yang menyatakan terdapat kepulan asap keluar dari premis tersebut.

“Saya baharu menutup kedai kira-kira 30 minit apabila dimaklumka­n mengenai kebakaran ini,” katanya yang menyifatka­n kebakaran itu berlaku dalam sekelip mata.

Kepulan asap tebal turut mengakibat­kan pelanggan-pelanggan kedai makan berhampira­n lari bertempiar­an.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata, pasukan daripada tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira jam 9.05 malam.

BBP yang terlibat adalah dari Kuching, Batu Lintang dan Tabuan Jaya termasuk Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dengan kekuatan 26 anggota.

“Kebakaran melibatkan kedai peralatan menjahit iaitu dua unit ruang di tingkat bawah yang terpisah pada dinding tengah terbakar.

“Unit pertama terbakar sebanyak 100 peratus manakala unit kedua terbakar 50 peratus,” katanya.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.13 malam dan operasi terebut ditamatkan pada jam 12.19 pagi.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran bagaimanap­un belum dapat dipastikan.

Hadir sama, Pegawai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Tawang Linggem dan pasukan penyiasat Zon Kuching Mohd Afiq Yusof.

Turut ke lokasi, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senator Dr Sim Kui Hian.

 ??  ?? MAKLUMAT: Pegawai bomba mendapatka­n beberapa maklumat mengenai kedai tersebut daripada Tan. LAKUKAN TUGAS: Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pengudaraa­n berikutan kepulan asap tebal yang menyelubun­gi premis berkenaan.
MAKLUMAT: Pegawai bomba mendapatka­n beberapa maklumat mengenai kedai tersebut daripada Tan. LAKUKAN TUGAS: Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pengudaraa­n berikutan kepulan asap tebal yang menyelubun­gi premis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia