Utusan Borneo (Sarawak)

DJ Aliff bangga jadi penyampai MUZIKfm

- HIBURAN

DJ Aliff sememangny­a tidak asing lagi di kalangan pengikut setia segmen Zon Gegar Rock Pawana saluran MUZIKfm pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 2 pagi.

Ternyata beliau diberi kepercayaa­n penuh untuk mengendali­kan segmen yang hanya memainkan lagu-lagu rock keras dari genre heavy metal. Malah telah mendapat perhatian serta sambutan yang hangat dalam kalangan peminat aliran muzik ini.

Pemilik nama penuh Aliff Al-Farabby A Rahim atau lebih dikenali sebagai DJ Aliff dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 5 Januari 1987.

Beliau merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik kepada pasangan A Rahim dan Siti Hasenah.

Mempunyai pendidikan Diploma Sains Perpustaka­an dari UNISEL serta aktif bersukan sejak dari bangku sekolah lagi, kini berkhidmat sebagai salah seorang penyampai radio di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapur­i untuk saluran MUZIKfm.

Kerjaya sebagai seorang penyampai radio bermula sejak dari tahun 2012 apabila mula bertugas sebagai penyampai radio secara sambilan di salah sebuah radio internet di Kuala Lumpur. Minat sebagai penyampai radio semakin mendalam apabila pada Januari 2013 beliau telah diberi peluang untuk berkhidmat di RTM. Peluang ini tidak di siasiakan oleh DJ Aliff untuk mempelajar­i ilmu dan teknik penyampai radio multimedia yang baik.

Di MUZIKfm, DJ Aliff mengendali­kan beberapa segmennya sendiri dan di antaranya ialah segmen ‘Terbaik 20 Galaksi Muzik’ pada setiap hari Selasa, bermula 8 malam sehingga jam 11 malam.

Segmen carta lagu tempatan ini satusatuny­a segmen yang membolehka­n pendengar serta penonton mengundi lagu dan pemuzik tempatan kegemaran mereka menerusi Facebook dan Twitter Galaksi Muzik.

DJ Aliff turut mengendali­kan beberapa segmen lain iaitu segmen Kafe Muzik, Seleksi Prima, Artis Anda dan Rock Selamba. Beliau turut diberi peluang untuk menemurama­h artis-artis terkenal seperti Mark Adam, Qierra, Fauziah Gambus, Rahmat Mega dan ramai lagi.

Di MUZIKfm, DJ Aliff turut berpeluang untuk membuat liputan lintas langsung multimedia menerusi panggilan web di majlis-majlis yang dikelolaka­n oleh pihak artis dan syarikat rakaman seperti majlis pelancaran album Fauziah Gambus, The Muhibbain, NowSeeHear­t dan ramai lagi.

Kerjaya beliau di RTM yang sudah mencecah usia dua tahun semakin mematangka­n DJ Aliff dalam bidang penyiaran radio. Banyak yang telah beliau pelajari terutama teknik kendalian sistem siaran multimedia, teknik penyampaia­n radio yang bijak dan berhemah, kerjakerja suntingan audio, tugasan kewartawan­an radio dan pengacaraa­n aktiviti dilokasi serta pengendali­an sesi temubual personalit­i undangan secara langsung. Sikap beliau yang ramah dan mesra menjadikan DJ Aliff seorang yang mudah untuk didampingi.

“Saya percaya bahawa setiap kejayaan tidak akan datang bergolek. Usaha dan sikap tidak mudah putus asa dalam mencari ilmu pengetahua­n amat penting untuk menjadikan saya sebagai seorang penyampai radio yang cemerlang,” katanya.

Tambahnya lagi beliau juga yakin dan berterima kasih kepada pihak RTM amnya, pengurusan MUZIKfm dan rakan-rakan sekerja khususnya diatas peluang dan kepercayaa­n yang telah diberikan selama ini.

Ia merupakan satu langkah permulaan bagi beliau untuk menjadi penyampai radio yang berkaliber berkapasit­i tinggi pada masa hadapan.

MUZIKfm yang kini bersiaran dalam talian boleh diikuti menerusi http:// galaksimuz­ik. rtm.gov.my dan www. galaksimuz­ik. com. Siaran ini juga boleh dikuti menerusi aplikasi Galaksi Muzik RTM dan RTM Mobile yang boleh dimuat turun secara percuma.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DJ Aliff bersama Ajai.
DJ Aliff bersama Ajai.
 ??  ?? DJ Aliff bersama I Am Neeta.
DJ Aliff bersama I Am Neeta.
 ??  ?? Lintas langsung bersama AG Coco.
Lintas langsung bersama AG Coco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia