Utusan Borneo (Sarawak)

Kabel putus hampir cetuskan bencana

Lori dari Saratok ke Sarikei rempuh kabel, suis utama rumah alami litar pintas

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Gara- gara tali utama bekalan elektrik terputus akibat dirempuh lori pengangkut muatan lori dan ‘pickup’, seorang pemilik sebuah rumah terhetak berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Brayang di sini hampir- hampir mengalami kerugian besar berikutan suis utama rumahnya mengalami litar pintas dan terbakar.

Kejadian ini berlaku seki- tar jam 1.40 petang semalam apabila lori terbabit dalam perjalanan dari arah Saratok ke Sarikei.

Menurut seorang saksi, tali utama elektrik tersebut terputus akibat terkena bahagian belakang lori yang dibawa oleh sebuah lori pengangkut itu.

“Akibat rempuhan itu, tali utama elektrik terbabit terputus serta mengeluark­an bunyi letupan kuat dan seterusnya berlaku percikan api.

“Pada mulanya pemandu lori itu memperlaha­n lorinya, namun memecut semula meninggalk­an lokasi tersebut setelah menyedari tali elektrik itu terputus,” kata saksi itu ditemui semalam.

“Akibat rempuhan itu, kabel utama elektrik terbabit terputus dan “mengeluark­an bunyi letupan kuat lalu berlaku percikan api. Saksi

Pemilik rumah terbabit berkata, beliau bersyukur kerana rumahnya selamat ditimpa musibah.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku sekiranya saya tidak berada di rumah pada waktu itu. Apa yang pasti rumah saya akan musnah terbakar jika tidak disedari segera.

“Pada mulanya saya ada terhidu bau sesuatu hangus, namun saya fikir bau dari sampah terbakar.

Namun, apabila saya tiba di bahagian ruang tamu rumah saya terkejut melihat api menyala menbakar kotak suis utama elektrik rumah saya.

“Melihat keadaan tersebut saya terus bertindak memadamnya,” kata beliau.

 ??  ??
 ??  ?? TERPUTUS: Tali utama elektrik berjuntai setelah terputus akibat dirempuh sebuah lori pengangkut lori di Sarikei semalam.
TERPUTUS: Tali utama elektrik berjuntai setelah terputus akibat dirempuh sebuah lori pengangkut lori di Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia