Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Lawas berjaya selesai kes melebihi paras sasaran

-

LAWAS: Polis Lawas mencatat kejayaan membanggak­an berikutan pencapaian cemerlang dalam menyelesai kes jenayah dilapor dalam tempoh tiga bulan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superinten­den Polis (DSP) Abang Zainal Abidin berkata, setakat ini mereka berjaya menyelesai 52 peratus kes sekali gus melebihi sasaran ditetapkan sebelum ini.

“Kejayaan polis Lawas dalam mengurangk­an kadar jenayah dan menyelesai­kan pelbagai membanggak­an Interpol,” katanya semasa program Masjid Mengimarah­kan di Lawas sempena ulang tahun Polis Di raja Malaysia (PDRM) kali Ke-208 di Lawas malam kelmarin.

Beliau berterima kasih kepada pegawai dan orang awam yang memberi maklumat yang membolehka­n polis menangani jenayah dengan lebih berkesan.

Program itu dirasmi oleh Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Amphitheat­er Lawas.

Hadir sama isteri beliau Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat, pegawai polis, exco PERKEP Lawas, ketua masyarakat dan kirakira 6,000 orang awam yang tidak melepaskan peluang menyaksika­n Ustaz Datuk Kazim Elias.

DSP Abang Zainal dalam pada itu menggesa orang awam agar terus memberikan kerjasama dalam mengekalka­n keselamata­n dan keamanan di Lawas.

Tengah turut memuji polis di daerah ini yang diketuai DSP Abang Zainal dalam meningkat tahap keselamata­n di Lawas.

“Polis tidak dapat menjaga dan memantau semua sudut di Lawas, justeru kerjasama orang awam amat penting untuk menjadi telinga dan mata,” katanya.

Dalam hal ini, Tengah mahu masyarakat melengkapk­an diri dengan nilai-nilai agama dalam menghadapi cabaran globalisas­i dan jenayah tanpa sempadan.

Katanya, pendidikan agama di rumah penting dalam memerangi jenayah dan masalah sosial.

 ??  ?? CEDERA: Mangsa menerima bantuan awal sebelum menerima rawatan lanjut di HUS.
CEDERA: Mangsa menerima bantuan awal sebelum menerima rawatan lanjut di HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia