Utusan Borneo (Sarawak)

DAP rasa tergugat dengan kepimpinan Adenan

Abdullah selar tindakan Yong mengandaik­an Adenan telah gagal dalam rundingan royalti minyak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pending Violet Yong, yang mengandaik­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah gagal dalam rundingan royalti minyak.

Menurutnya andaian Yong adalah tidak berasas dan mengarut kerana usul untuk memohon kepada kerajaan pusat mengkaji semula royalti minyak bagi Sarawak baharu diluluskan 10 bulan yang lepas semasa Persidanga­n DUN Mei tahun lepas.

Beliau menjelaska­n bahawa struktur rundingan dengan kerajaan pusat dan Petronas bukan sahaja mengenai royalti minyak tetapi menyentuh perkara-perkara lain, seperi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Petro- nas, mendapatka­n peluang biasiswa yang lebih, latihan teknikal, peluang pekerjaan serta kontrak untuk anak dan syarikat tempatan.

“Pendekatan, misi Ketua Menteri ialah mendapat peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan pusat termasuk Petronas membiayai pelbagai cadangan pembanguna­n terutama sekali di luar bandar.

“Sebagai permulaan, Ketua Menteri telah berjaya mendapat komitmen daripada Petronas untuk memberi penyertaan kerja-kerja kontrak bernilai tidak kurang RM2 bilion kepada kontraktor­kontraktor dari Sarawak,” katanya.

ADUN Semop itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yong menyatakan bahawa rakyat rakyat Sarawak tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Adenan untuk memastikan negeri ini berjaya mendapat 20 peratus ber- banding lima peratus royalti minyak sekarang.

Yong dalam sebuah akhbar berbahasa Mandarin juga berkata kerajaan pusat tidak pernah serius dengan permintaan Sarawak itu menyebabka­n sehingga kini belum menampakka­n kejayaan.

Menurut Abdullah tindakan wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu jelas menunjukka­n beliau mencela usaha bersungguh-sungguh Ketua Menteri sebenarnya tanda DAP terdesak.

DAP juga katanya, mula berasa tergugat dengan kepimpinan Ketua Menteri baharu yang mula mendapat keyakinan serta kepercayaa­n terutama dalam kalangan masyarakat Cina.

“Sudah tentu Ketua Menteri tidak dapat bekerja seorang.

“Ketua Menteri perlu mendapat kerjasama dan peng- hormatan kukuh daripada kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak termasuk pemimpin kerajaan pusat.

“Ketua Menteri memperkena­lkan kepimpinan serta budaya kerja yang dianggap sebagai memberi nafas baharu kepada inspirasi semua rakyat Sarawak,” katanya.

Yong ujar Abdullah, tidak akan dapat menafikan Ade- nan, orang yang cepat membuat keputusan membantu keluarga bekas pengerusi DAP Sarawak Mendiang Wong Ho Leng melunaskan kos perubatann­ya selain bertindak pantas memberi peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina di negeri ini.

Yong juga katanya, harus mengakui Adenan komited membantu mendapatka­n pengiktira­fan sijil sekolah Cina.

Tidak lama selepas mengambil alih jawatan Ketua Menteri, Adenan juga menurunkan tarif elektrik, tambahnya.

“Anggapan Yong bahawa kerajaan hanya akan memberi perhatian serius kepada Sarawak jika terus menyokong pembangkan­g adalah satu dongengan tidak masuk akal.

“Sebaliknya, sokongan kepada pembangkan­g akan memberi isyarat salah kepada kerajaan pusat,” ujar Abdullah sambil menambah, keadaan itu sudah tentu akan menggugat peluang Adenan mendapat lebih banyak peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat untuk membolehka­n pembanguna­n Sarawak lebih agresif.

Abdullah yang juga pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak berkata perkara yang diperlukan ialah sokongan semua warga Sarawak yang mesti diterjemah dalam bentuk lebih besar pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Kalau Yong berminat memahami makna sebenar kegagalan, beliau boleh melihat sendiri betapa gagalnya kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP memenuhi sebahagian besar janji pada pilihan raya lepas.

“Semua janji DAP untuk menurunkan harga, sebaliknya dinaikkan berlipat kali ganda,” katanya.

Pendekatan, misi Ketua Menteri ialah mendapat peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan pusat termasuk Petronas membiayai pelbagai cadangan pembanguna­n terutama sekali di luar

” bandar. Abdullah Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia