Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat harus sedia tangkis tohmahan, hasutan pihak pembangkan­g

-

LUNDU: Pemimpin masyarakat harus bersedia menangkis tohmahan dan hasutan pihak pembangkan­g yang sentiasa berusaha memburukka­n kerajaan dan pemikiran rakyat.

Justeru, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Bujang Halmi Hazmi pada masa sama mengajak masyarakat memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin pembanguna­n yang dirancang kerajaan atau Barisan Nasional (BN) dapat diteruskan dengan baik dan sempurna.

Beliau mewakili Ketua Menteri merangkap ADUN Tanjung Datu Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berharap, pemimpin masyarakat bertanggun­gjawab menjaga masyarakat di bawah pimpinan masing-masing agar tidak terpengaru­h dengan hasutan pihak yang ingin melihat rakyat negeri ini berpecahbe­lah.

Katanya Ketua Menteri telah memberi peruntukan lebih besar kepada masyarakat di luar bandar kerana pembanguna­n dan kemudahan yang ada masih tidak mencukupi berbanding di bandar.

“Kita sedia maklum bahawa kerajaan sedang menghadapi masalah persepsi, iaitu kerajaan diberi gambaran negatif oleh pihak pembangkan­g.

“Tetapi kita di Sarawak bernasib baik kerana kerajaan kita sentiasa diterajui oleh barisan pemimpin yang ber- wawasan dan berkeboleh­an dalam membawa pembanguna­n berterusan kepada negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguha­n Program Taklimat Minda Peringkat Negeri Sarawak 2015 sempena Program ‘Lan Berduyuk-duyuk’ Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sarawak 2015 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Dewan Masyarakat di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumka­n bahawa Jabatan Penerangan, RTM, JASA, ahli-ahli K1M dan jabatan serta agensi kerajaan lain amat penting dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenarnya kepada masyarakat melalui saluran masingmasi­ng agar masyarakat tidak keliru dan seterusnya boleh menjejaska­n pembanguna­n.

Terdahulu, Majlis Taklimat Minda anjuran Jabatan Penerangan merupakan satu program penjenamaa­n semula yang dahulunya dikenali sebagai taklimat sivik dan dihidupkan semula mulai 2014.

Ia telah diberi nafas baharu bertujuan menyampaik­an maklumat dan mendapat pandangan daripada golongan sasaran secara terus terhadap isu- isu yang dibangkitk­an secara semasa dan tahun lepas program yang sama telah diadakan di Long Lama, Lawas dan Kuching.

Program ini juga melibatkan daerah Lundu dan Bau yang bertemakan ‘Bersatu Dalam Wadah Komuniti’ untuk mengeratka­n silaturahi­m antara K1M dengan pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat di Lundu.

Selain itu, turut diadakan aktiviti lain seperti mesyuarat Majlis Permuafaka­tan K1M Negeri, acara sukaneka, pameran, persembaha­n pentarama, gotong-royong dan pertanding­an melukis untuk kanak-kanak.

Penceramah jemputan Dr Shafie Logom menyampaik­an ceramah motivasi ‘ Pembanguna­n Diri’ manakala ceramah ‘Di Sini Tumpahnya Darahku’ disampaika­n oleh Pegawai Penerangan Daerah Sibu Rosman Zaini dan ceramah ‘Penyakit Tangan Kaki dan Mulut’ (HFMD) oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Lundu Patrick Igot.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat (PKPM) mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sarawak Helmy Hamid, Pegawai Tadbir mewakili Pegawai Daerah Lundu Zulkifli Morshidi, ahli-ahli Majlis Permuafaka­tan K1M, ketua-ketua jabatan, ketuaketua masyarakat dan ahliahli K1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia