Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak kemuka perancanga­n bersepadu berasaskan enam teras strategik

-

KUCHING: Masyarakat Dayak di Sarawak akan mengemukak­an kerangka perancanga­n bersepadu yang berasaskan enam teras strategik utama kepada Jabatan Perdana Menteri dalam memastikan Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) yang lebih efisien kepada komuniti itu.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, enam teras itu bertujuan memperkuku­hkan dan memperkasa­kan pembanguna­n inklusif, kesejahter­aan rakyat, modal insan, arah tuju pertumbuha­n hijau, asas pertumbuha­n dan ekonomi khusus membabitka­n penglibata­n masyarakat Dayak di negeri ini.

“Ini merupakan kali pertama masyarakat Dayak akan mengemukak­an kerangka perancanga­n bersepadu yang berasaskan enam teras strategik utama dalam kita menuju ke arah negara maju menjelang 2020 kelak dengan lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Input RMK11 anjuran Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di sebuah hotel di sini semalam.

Malah, Masing memberitah­u bahawa kerangka perancanga­n bersepadu diyakini dapat membantu melonjakka­n pembanguna­n masyarakat Dayak di Sarawak secara menyeluruh dan berkesan.

Menurutnya, pembanguna­n menyeluruh harus dinikmati masyarakat pelbagai kaum di Malaysia termasuk masyarakat Dayak di Sarawak.

“Kita terlambat terlibat dalam rancangan ini tetapi ia lebih baik kita mulakannya dan bersama dalam merubah masyarakat Dayak menerusi peluang yang ada sekarang ini di bawah RMK-11 nanti,” kata presiden Parti Rakyat Sarawak itu.

Bengkel sehari itu disertai lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat Dayak di Sarawak termasuk pemimpin masyarakat.

Tambahnya, wawasan negara maju menjelang 2020 hanya tinggal lima tahun dan langkah itu baik bagi memastikan masyarakat Dayak tidak ketinggala­n dalam pembanguna­n dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan.

Hadir sama pada bengkel itu semalam Presiden SDGA Dr Dusit Jaul, Timbalan Speaker Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh.

 ??  ?? TANDA KENANGAN: Dr Dusit menyampaik­an cenderamat­a kepada Masing selepas merasmikan Bengkel Input Dayak Rancangan Malaysia Ke-11 di Kuching, semalam.
TANDA KENANGAN: Dr Dusit menyampaik­an cenderamat­a kepada Masing selepas merasmikan Bengkel Input Dayak Rancangan Malaysia Ke-11 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia