Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan isytihar perang PATI, rakyat diingat jangan subahat

-

MIRI: Penduduk tempatan diberi amaran tegas agar tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika kerajaan negeri mengisytih­arkan perang untuk memburu dan menjejaki pendatang asing sehingga ke akar umbi.

Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin berkata, ada penduduk setempat tinggal di kawasan setinggan melindungi dan menyewakan rumah masing-masing kepada PATI di Miri.

“Masalah ini bukan baharu, ia berlaku sejak setahun lalu apabila penduduk setempat memberi perlindung­an kepada PATI dengan menyewakan rumah kepada mereka di sini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menteri Muda Sukan itu memberitah­u, kerajaan negeri akan mengadakan operasi secara besar-besaran bagi memastikan mereka yang memasuki Miri dihantar pulang ke tempat asal.

“Saya menegaskan agar penduduk tempatan yang sebelum ini tinggal di kawasan setinggan dan berpindah ke tempat lain supaya tidak sama sekali menyewakan rumah kepada PATI atau bakal dikena tindakan tegas,” katanya.

Menurutnya, rumah didiami oleh PATI akan diroboh serta- merta dalam operasi penguatkua­saan dan ia tidak melibatkan rumah setinggan penduduk tempatan.

“Saya mahu menjelaska­n bahawa operasi yang telah dilakukan beberapa hari lalu hanya melibatkan rumah sewa PATI.

“Ia tiada kaitan dengan manamana rumah didiami penduduk tempatan,” tegasnya.

Dakwaan pihak pembangkan­g yang melaporkan sekumpulan penguat kuasa tidak berperikem­anusiaan dalam operasi itu adalah tidak benar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia