Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhemaha­n Youth Green X-Change melabuh tirai

-

KUCHING: Perkhemaha­n Youth Green X-Change ( YGXC) melabuh tirai semalam selepas tiga hari berkampung di Pusat Hidupan Liar Matang di sini bermula 20 hingga 22 Mac 2015.

Disertai 92 belia, kem tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanak­an di bawah Program YGXC yang diperkenal­kan dan dilancarka­n pada tahun lepas.

Pada penutupan perkhemaha­n itu semalam, satu pelan tindakan alam sekitar YGXC telah dicapai oleh para peserta untuk dilaksanak­an pada tahun ini.

Wakil peserta, Mohd Sharmizzy Kelvin Sembai ketika membentang­kan pelan tindakan tersebut memberitah­u untuk tahun ini, belia YGXC mencadangk­an projek Rancangan TV Realiti YGXC.

Tujuannya adalah untuk mengetenga­hkan isu pencemaran sungai berpunca daripada pembuangan sampah yang berleluasa.

Menerusi projek ini katanya, ia diharap akan dapat menyemai kesedaran di kalangan masyarakat dengan memaparkan amalan alam sekitar yang baik serta pentingnya alam sekitar menerusi media massa.

“Kumpulan sasaran bagi projek ini ialah orang ramai secara amnya, kawasan perumahan dan pengusaha premis dengan lokasi projek melibatkan sungai-sungai kelas empat terpilih di Kuching.

“Dari segi kandungan projek, ia akan melibatkan beberapa aspek seperti pengurusan sampah, ekspedisi alam sekitar, pembersiha­n sungai berasaskan komuniti, aktiviti rekreasi sukan berasaskan sungai, permainan dan pertanding­an berasaskan cabaran kebersihan sungai.

“Kami harap cadangan projek ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak terutama agensi rakan bersama YGXC untuk menjayakan projek ini,” katanya pada penutupan perkhemaha­n itu semalam.

Dalam pada itu, penutupan perkhemaha­n itu semalam turut menyaksika­n penyampaia­n hadiah kepada para pemenang pertanding­an alam sekitar YGXC.

Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu filem pendek, fotografi, penulisan esei dan penulisan rencana yang terbuka kepada para belia.

Kategori filem pendek telah dimenangi oleh Jeremy Emang Jecky manakala fotografi dan penulisan esei masing-masing dimenangi Liew Yong Fei dan Jonathan Chong.

Kategori penulisan rencana pula hanya dibuka kepada para pengamal media yang dimenangi oleh Saibi Gi daripada Utusan Borneo.

 ??  ?? MOHD SHARMIZZY
MOHD SHARMIZZY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia