Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk luar bandar memerlukan perhatian kerajaan BN, kata Harden

-

ENGKILILI: Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berharap penduduk di luar bandar tidak bangkit menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) hasil bantuan pembangkan­g.

Ini kerana penduduk di luar bandar masih memerlukan perhatian sewajarnya daripada kerajaan BN bagi tujuan pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n di kawasan masing-masing.

“Apabila penduduk luar bandar bekerjasam­a dengan pembangkan­g menentang BN maka secara tidak langsung ia menjejaska­n usaha dilaksanak­an kerajaan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melayu, Engkilili di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, penduduk luar bandar harus sentiasa bersama dengan BN bagi memastikan kelancaran projek pembanguna­n di kawasan mereka.

“Pembangkan­g hanya pandai bercakap tetapi tidak bekerja membantu membangunk­an penduduk di luar bandar yang sebelum ini masih jauh ketinggala­n dalam pembanguna­n.

“Kemampuan mereka tidak seperti BN yang berusaha keras meningkatk­an taraf hidup penduduk secara berperingk­at-peringkat di luar bandar,” ujarnya.

Justeru, penduduk di Eng- kilili harus setia di belakang BN memandangk­an hanya BN mampu meningkatk­an taraf hidup penduduk.

“Saya harap penduduk di Engkilili terus setia bersama BN memandangk­an kawasan ini merupakan kawasan SUPP dan memastikan SUPP terus bertapak di sini,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Engkilili yang juga Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Richard Tawan Sedu, Penghulu Abdul Hamid Wen dan Tuai Rumah Edward Roy Entalai.

Harden turut menyampaik­an geran kerajaan berjumlah RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan ( SK) Engkilili, JKKK Kampung Melayu Engkilili (RM5,000) manakala Biro Wanita (RM3,000) serta Jawatankua­sa Masjid Engkilili (RM5,000).

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Harden bersalaman dengan penduduk Engkilili sebaik tiba pada majlis itu.
SELAMAT DATANG: Harden bersalaman dengan penduduk Engkilili sebaik tiba pada majlis itu.
 ??  ?? TIADA TOLERANSI: Peniaga di Pasar Sentral Sibu tidak akan beri muka jika terdapat warga asing berniaga secara haram di pasar tersebut.
TIADA TOLERANSI: Peniaga di Pasar Sentral Sibu tidak akan beri muka jika terdapat warga asing berniaga secara haram di pasar tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia