Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak beri muka kepada peniaga asing

Peniaga di Sibu tidak bertoleran­si dengan warga asing berniaga tanpa permit, lesen

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Peniaga di Sibu tidak bertoleran­si dengan warga asing yang berniaga di bandar ini tanpa sebarang permit atau lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

Ketika tinjauan Utusan Borneo di Pasar Sentral Sibu semalam, rata-rata peniaga di sini tidak membiarkan dan bertoleran­si dengan warga asing berniaga secara haram di pasar tersebut.

Hasiah Baseri, 62, yang hampir 15 tahun berniaga di Pasar Sentral Sibu berkata, beliau tidak membenarka­n perkara itu berlaku di sini dan akan segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Bagi saya, ini tidak adil kerana mereka berniaga secara haram tanpa perlu membayar apa-apa yuran atau lesen.

“Lagi pula mereka adalah warga asing dan tidak wajar jika berniaga secara haram di sini,” kata Hasiah.

Bagaimanap­un, beliau berterima kasih kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) kerana menguruska­n Pasar Sentral Sibu dengan baik dan sentiasa memantau kegiatan peniaga di situ.

Bagi Yeo Swee Hong, 60, yang menjual buah turut menentang sekeras-kerasnya jika terdapat warga asing berniaga secara haram di Pasar Sentral Sibu.

“Kita berniaga di sini untung pun tidak banyak, jika kena kacau dengan mereka ini mesti akan mengganggu perniagaan

Bagi saya, ini tidak adil kerana mereka berniaga secara haram tanpa perlu

” membayar apa-apa yuran atau lesen. Hasiah Baseri Peniaga

kami,” kata Yeo ketika ditemui semalam

Tambahnya, pihak berkuasa dan pengurusan Pasar Sentral Sibu perlu lebih giat mengawal gejala itu daripada berlaku di sini.

Sementara itu, peniaga yang menjual makanan basah (daging ayam) dikenali sebagai Kak Yot tidak menyalahka­n warga asing jika mereka berniaga secara berleluasa di sini.

“Kita hendak salahkan mereka pun tidak guna, jika orang kita sendiri tidak pandai memenuhi keperluan pelanggan.

“Lagipun, agak sukar mengesan mereka kerana mereka pandai bersembuny­i apabila ada pihak berkuasa datang mem- buat pemeriksaa­n,” jelasnya.

Katanya walaupun tidak berlaku di Pasar Sentral Sibu, namun pihak berkuasa harus segera bertindak tegas sebelum terlambat membantera­s gejala ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam Utusan Borneo semalam mengisytih­arkan perang ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurutnya, semakin banyak PATI dari Suluk dan Bajau, Filipina memasuki bandar Miri secara haram dan jumlah tersebut terus meningkat.

Oleh itu, beliau tidak mahu perkara tersebut terus berlaku di negeri ini.

 ??  ?? HASIAH
HASIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia