Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak miliki keahlian kedua tertinggi dalam Yayasan Guru Malaysia Berhad

-

KUCHING: Sarawak memiliki keahlian kedua tertinggi dalam Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di seluruh Malaysia dengan 8,102 ahli selepas Perak seramai 9,802 ahli dan Selangor dengan 7,745 ahli di tempat ketiga.

Menurut maklumat daripada Seminar Pra Mesyuarat Agung Tahuan (AGM) YGMB baru-baru ini, keseluruha­n ahli YGMB di seluruh negara adalah seramai 83,193 orang.

Negeri ini yang akan mengadakan AGM ke-21 memiliki 7,977 ahli seumur hidup, 15 ahli biasa dan 110 ahli baharu, manakala di Kuching sahaja terdapat 3,500 ahli berdaftar.

Di Sarawak, jawatankua­sa mesyuarat penyelaras­an YGMB ialah Jabatan Pendidikan Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Majlis Guru Besar Sarawak (MGBS), Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS), Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) dan Kesatuan Guru Sarawak (STU).

Dalam pada itu, seminar tersebut bertujuan sebagai pemberitah­uan kepada para peserta berkaitan aktiviti yang dianjurkan YGMB sebelum AGM persatuan itu pada 24 April depan di Hotel Riverside Majestic.

Menyentuh mengenai maklumat terkini kepada ahlinya, YGMB mengajak ahlinya agar sentiasa mengemas kini data, alamat serta maklumat peribadi masing-masing.

Dengan itu, Buletin YGMB yang mengandung­i informasi serta pelbagai program dan aktiviti dapat diposkan kepada semua ahli di seluruh negara.

Ini kerana sukar untuk memaklumka­n maklumat terkini kepada ahli dan sebagai contoh buletin yang dihasilkan biasanya kembali semula ke Wisma YGMB dalam bilangan yang sungguh banyak kerana tiada penerima.

Dalam pada itu, YGMB turut menyeru ahli yang telah berdaftar agar mengajak lebih ramai guru di negeri ini menyertai yayasan itu kerana sebanyak 16 kelebihan ditawarkan kepada ahlinya seperti pampasan sekiranya berlaku kematian, kemalangan dan bencana.

Terdahulu, kira-kira 200 ahli YGMB Sarawak menghadiri seminar di Hotel Grand Margherita yang dirasmikan oleh Pengerusin­ya Tan Sri Dato Alimuddin Mohd Dom Sabtu lalu.

Namun, selepas saya mengunjung­i pameran ini, saya mendapat pengetahua­n baharu mengenai kos pengajian yang tidaklah terlalu tinggi dan ia dapat dibantu dengan biasiswa

” mahupun pinjaman pendidikan. Chrysanti Jaka Pengunjung BPIEF

haru mengenai kos pengajian yang tidaklah terlalu tinggi dan ia dapat dibantu dengan biasiswa mahupun pinjaman pendidikan.

“Pameran pendidikan (BPIEF) ini dapat membantu mengubah persepsi masyarakat khasnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu menyambung pengajian mereka di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Chrysanti yang bercitacit­a mahu menyambung pengajian dalam jurusan kulinari berkata, pelbagai kolej yang menyertai pameran pendidikan itu memberi penerangan khusus terutama mengenai tawaran jurusan yang boleh diambil bersesuaia­n dengan minat serta hasrat pelajar sendiri.

Sementara itu, bagi Nur Akma Athirah Tee Zaidel, 19 pula, meskipun kini dia merupakan pelajar jurusan Bioteknolo­gi di Kolej MARA Banting, ia tidak menghalang- nya untuk melihat apa yang ditawarkan sepanjang pameran BPIEF.

“Umum tahu, BPIEF walaupun banyak disertai pempamer daripada IPTS berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA), ia disifatkan amat baik kerana banyak membantu memberi pengetahua­n kepada para pengunjung mengenai sebarang kursus yang ditawarkan mereka.

“Ia cukup jelas memperliha­tkan usaha IPTS untuk menarik minat pelajar lepas SPM yang gagal mendapat tempat di IPTA untuk meneruskan pengajian di mana-mana kolej atau institusi yang menawarkan kursus yang mereka minati.

“Ia juga pada masa sama membantu mengubah persepsi pelajar yang beranggapa­n mereka sudah tidak layak menyambung pengajian ke peringkat tinggi selepas gagal untuk memasuki IPTA,” katanya.

Tambahnya, pameran BPIEF juga menjadikan pengunjung yang datang dengan sifar ilmu pulang dengan ilmu yang berlipat ganda banyaknya.

Sementara itu, Anatassia Johari, 18, pula berkata pameran BPIEF sangat membantuny­a mengetahui latar belakang institusi yang terdapat di bandar raya ini.

“Pada masa kini, saya masih menunggu keputusan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) ke IPTA, namun saya masih berminat melihat apa yang ada di BPIEF supaya saya bersedia dengsn sebarang kemungkina­n sekiranya saya perlu melanjutka­n pengajian di IPTS,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Iqmadatul Zaidel, 20, menyifatka­n BPIEF sebagai pemberi maklumat lengkap mengenai tawaran pendidikan yang terdapat di sini, khasnya.

Pameran berlangsun­g pada 21 dan 22 Mac (semalam) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) menyaksika­n 88 pempamer yang mewakili institusi tempatan mahupun antarabang­sa turut serta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia