Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lepaskan tanggungja­wab didik anak kepada guru: Mong

-

SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Penyelidik­an dan Penyelaras­an) Datuk Mong Dagang mengingatk­an ibu bapa agar tidak melepaskan tanggungja­wab mendidik anak-anak mereka kepada guru dan pihak sekolah.

Menurutnya, ibu bapa harus mempunyai peranan seperti guru mendidik anakanak mereka apabila berada di luar sekolah.

“Ibu bapa tidak harus menyerahka­n tanggungja­wab mendidik anak-anak kepada guru semata-mata, sebaliknya perlu bekerjasam­a dengan pihak sekolah memastikan pendidikan anak-anak terjamin,” katanya pada Majlis Aku Janji, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR), Sekolah Kebangsaan ( SK) Melugu di sini semalam.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata, ibu bapa perlu kerap berkunjung ke sekolah bertanyaka­n tentang pelajaran anak-anak mereka dan perlu berbincang dengan pihak sekolah tentang masalah dihadapi anak-anak.

“Jangan kita tidak mahu mengambil berat pendidikan anak-anak kerana pendidikan adalah kunci mereka menempah kejayaan untuk diri mereka suatu hari nanti.

“Sekiranya anak- anak diberi pendidikan cukup maka kita juga mendapat kesenangan, secara tidak langsung dapat mengubah kehidupan diri mereka dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Melugu Louis Aom berkata ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan pihak sekolah meningkatk­an prestasi anak-anak kerana guru-guru bekerja keras mendidik dan menceriaka­n sekolah.

Beliau turut menyaranka­n ibu bapa menghantar anakanak mereka ke asrama bagi yang sukar menghantar anak ke sekolah terutama pada waktu kelas tambahan.

“Di SK Melugu, kemudahan ada disediakan dan kualiti makanan di asrama bertambah baik berbanding sebelumnya,” ujar beliau.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Vivien Mujah serta guru-guru terlibat.

Dalam pada itu, seramai 48 murid sekolah itu menandatan­gani surat Aku Janji UPSR 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia