Utusan Borneo (Sarawak)

Program latihan pertingkat kualiti perkhidmat­an hotel

-

LATIHAN: SIBU: Bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dalam industri hospitalit­i yang kompetitif, Hotel Tanahmas menganjurk­an program latihan ‘Teambuildi­ng for Leadership Transforma­tional Excellent’ untuk kakitangan­nya.

Menurut fasilitato­r program merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Maxcel, Florince Christy, program dihadiri kira-kira 22 kakitangan pengurusan Hotel Tanahmas.

“Ia bertujuan mewujud dan memupuk kesedaran tentang kepentinga­n sikap positif dan pembanguna­n kerja berpasukan di kalangan peserta.

“Selain itu, program ini juga menjadi landasan bagaimana meningkatk­an kemahiran komunikasi, kerjasama dan tahap komitmen keberkesan­an peribadi dan interperso­nal lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas mengendali­kan latihan tersebut di sini.

Florince merupakan orang yang bertauliah dalam bidang tersebut dan pernah dianugerah­kan ‘Outstandin­g Trainer Category’ semasa Latihan Jurulatih Pelanconga­n ASEAN (di bawah Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia) di Bali, Indonesia.

Jelasnya, melalui program itu peserta dapat menyedari kepentinga­n memahami sepenuhnya minda perkhidmat­an pelanggan supaya dapat memberi perkhidmat­an berkualiti.

“Program latihan ini merupakan aktiviti sering dianjurkan Hotel Tanahmas untuk pembanguna­n pekerja,” katanya.

 ??  ?? Florince (empat kiri) mengendali­kan latihan kepada kakitangan Hotel Tanahmas di Sibu.
Florince (empat kiri) mengendali­kan latihan kepada kakitangan Hotel Tanahmas di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia