Utusan Borneo (Sarawak)

Perjumpaan dengan Kristoffer bincang masalah utiliti Kapit

-

KAPIT: Kapit Chapter Kaban Lama (KLKC), Serakup Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) mengadakan perjumpaan dengan usahawan Dayak berjaya dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Kristoffer Nyuak Bajok di kediamanny­a di Jalan Selirik, baru-baru ini.

Ahli-ahli KLKC diketuai oleh Minggu Jampong yang juga pemangku timbalan residen (pembanguna­n), SADIA Kapit diwakili oleh pengerusin­ya Edward Manggah Kendawang dan OUNA diwakili oleh Kareno Lampong.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Kapit Elvis Didit, Pengetua SMK Selirik Jarit Jarmit, pegawai polis ASP Chua Su Wan dan ASP Jahwie Hamata, Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Khusyairy Pangkas dan wakil agensi kerajaan, ahli SABERKAS Baleh, ketua masyarakat dan tuai rumah.

Pada perjumpaan itu, Kristoffer yang juga pengerusi SABERKAS Cawangan Baleh berbincang bersama- sama KLKC, SADIA dan OUNA mengenai isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku termasuk kualiti air di Kapit dan masalah sosial lain.

Gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku telah menimbulka­n kesulitan kepada penduduk Kapit dan cadangan mengganti saluran paip lebih besar mungkin dapat membantu mengurangk­an masalah gangguan bekalan air.

Buat masa ini, Loji Rawatan Air Kapit mempunyai kapasiti untuk menghasil 18 juta liter sehari dengan 12 juta liter dihasilkan daripada loji rawatan air baharu dan baki enam juta liter dihasilkan daripada loji rawatan air lama.

 ??  ?? PERJUMPAAN: Minggu (enam kiri), Kristoffer (tengah) pada mesyuarat untuk membincang­kan masalah gangguan bekalan air, isu kualiti air dan masalah sosial lain di Kapit.
PERJUMPAAN: Minggu (enam kiri), Kristoffer (tengah) pada mesyuarat untuk membincang­kan masalah gangguan bekalan air, isu kualiti air dan masalah sosial lain di Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia