Utusan Borneo (Sarawak)

JE di Miri, orang ramai jangan panik

Masyarakat tidak perlu panik notis pemberitah­uan Vaksinasi Imojev

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

MIRI: Orang ramai di sini tidak perlu panik dengan penyebaran notis pemberitah­uan Vaksinasi Imojev ( JE) yang tersebar luas dalam laman sosial Facebook atau WhatApps.

Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin berkata Pejabat Kesihatan Miri telah mengambil langkah berjaga-jaga menangani isu membabitka­n kesihatan awam.

“Saya berhubung dengan Klinik Kesihatan Tudan dan terdapat silap tafsir orang awam terhadap notis itu hing-

Saya berhubung dengan Klinik Kesihatan Tudan dan terdapat silap tafsir orang awam terhadap notis itu hingga

“menimbulka­n kerisauan dan suasana panik. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Perhubunga­n

ga menimbulka­n kerisauan dan suasana panik,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menteri Muda Sukan itu turut memberitah­u, notis itu hanya dikeluar bagi kawasan tertentu yang dikenal pasti pihak Pejabat Kesihatan Miri.

“Orang ramai bukan dari kawasan terjejas dengan risiko penyakit ini tidak perlu panik. Ini kerana notis ini untuk kawasan yang dikenal pasti sahaja,” tegasnya.

Beliau menasihati penduduk di kawasan terjejas agar mendapatka­n suntikan JE.

“Semua kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah yang tinggal dalam dua kilometer radius dari lokasi jangkitan perlu menerima atau mendapat suntikan JE,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Miri Dr Veronica Lugah dalam kenyataann­ya menegaskan notis itu sebenarnya dituju kepada individu dikenal pasti layak menerima suntikan JE.

“Ia bukan pengumuman kepada orang awam atau tatapan umum, sebaliknya sebagai pemberitah­uan kepada individu yang layak menerima vaksin kerana ketika lawatan perubatan, mereka tiada di rumah,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihati agar mendapatka­n maklumat sahih yang dikeluar Pejabat Kesihatan Miri melalui media cetak dan elektronik.

Sebarang kemusykila­n berkaitan Program JE semasa wabak boleh menghubung­i bilik operasi Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Miri di talian 085-442616.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia