Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Penjara Limbang sambut Hari JPM Ke-225

-

LIMBANG: Jabatan Penjara Bahagian Limbang, tidak ketinggala­n turut serta meraikan sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Ke225 yang diadakan pada 19 Mac lalu.

Acara sambutan diadakan di Dataran Dewan Gemilang Penjara Limbang, dekat sini dan disempurna­kan oleh Pengarah Penjara Limbang PKP Charin Promwichit.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an pingat kepada sembilan pegawai termasuk membaca perutusan ketua pengarah Penjara Malaysia sempena sambutan Hari Penjara tahun ini.

Memetik perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar, sambutan Hari Penjara bertujuan menghargai sumbangan dan khidmat bakti individu, organisasi dan seluruh warga kerja JPM.

‘ Peneraju Perkhidmat­an Korektif’ dipilih menjadi tema sambutan tahun ini sebagai mesej bahawa JPM sentiasa optimis menjayakan agenda pemulihan setiap banduan.

Pada majlis sama, Charin turut melancarka­n Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang menjadi simbolik serta komitmen semua pegawai dan kakitangan.

Selain itu, solat hajat dan tahlil, Seminar Perancanga­n Kewangan oleh ASNB Cawangan Limbang dan acara senaman lasak ‘zumba’ oleh Persatuan Isteri, Anak dan Anggota Wanita (PERSIAP) Penjara Limbang turut diadakan.

Bagi memeriah lagi sambutan, diadakan juga pertanding­an sukan dalam kalangan pegawai dan ahli PERSIAP iaitu dart, bola tampar, tarik tali dan jogaton.

 ??  ?? RASMI: Charin (dua kiri) menunjukka­n poster EKSA sejurus selepas simbolik pelancaran rasmi EKSA Peringkat Jabatan Penjara Limbang.
RASMI: Charin (dua kiri) menunjukka­n poster EKSA sejurus selepas simbolik pelancaran rasmi EKSA Peringkat Jabatan Penjara Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia