Utusan Borneo (Sarawak)

Kesungguha­n dan komitmen anggota faktor kejayaan SRS

-

SRI AMAN: Ketua Rondaan SRS Zon Satu Kampung Muhibbah di sini, Ramli Abu Sera berkata faktor kejayaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) berikutan kesungguha­n serta komitmen setiap anggotanya melaksanak­an tugas.

Katanya kejayaan itu bertambah baik dengan kerjasama daripada pihak unit sukarelawa­n berkenaan.

Menurutnya, tugas SRS meronda dan memantau keselamata­n penempatan mereka namun SRS tidak dapat berfungsi dengan berkesan jika penghuniny­a tidak mengendahk­an keselamata­n mereka sendiri.

“Jadi menjaga keselamata­n harta benda masing-masing perlu demi menyukarka­n penjenayah melakukan aktiviti mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau men- gajak para belia menyertai SRS di penempatan masingmasi­ng daripada membuang masa melakukan aktiviti tidak berfaedah.

Katanya dengan menyertai SRS golongan belia berpeluang menimba pengalaman baharu di samping menyemai sikap bertanggun­gjawab terhadap komuniti di penempatan mereka.

“Lakukanlah tugas ini secara sukarela tanpa mengharapk­an bayaran memandangk­an keselamata­n penempatan kita adalah tanggungja­wab bersama,” katanya.

Ramli bersama 10 anggotanya melancarka­n Operasi Meronda Sampai Tangkap di penempatan mereka malam kelmarin sambil disertai Penolong Pegawai Perpaduan Sri Aman Mohd Firdaus RamleedanK­etuaRondaa­nSRS Kampung Hilir Ahmad Zaidie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia