Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia siap sedia hadapi fenomena puting beliung

Lebih ramai pegawai dilatih kaedah terbaik buat ramalan

-

PUTRAJAYA: Malaysia yang selama ini tidak pernah mengalami fenomena puting beliung, kini bersiap sedia menghadapi­nya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a), Datuk Che Gayah Ismail berkata negara mengalami lapan kejadian puting beliung tahun lalu, masing- masing empat di darat dan empat di laut yang juga dikenali sebagai ‘belalai air’.

Beliau berkata fenomena puting beliung, ribut petir kuat, taufan dan angin kencang merupakan kesan daripada perubahan iklim serta pemanasan global.

“Sebelum ini puting beliung amat jarang berlaku di negara kita. Tetapi tahun lalu ia berlaku. Kemungkina­n ia akan berulang atau sebaliknya tidak boleh diramalkan kerana Malaysia masih belum

MetMalaysi­a juga kemungkina­n akan menghantar pegawai ke Amerika Syarikat yang mempunyai ramai pakar,

“pengalaman serta peralatan canggih berkaitan puting beliung.

mempunyai kepakaran meramalkan­nya,” katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Meteorolog­i Sedunia 2015 hari ini.

Sehubungan itu Che Gayah berkata MetMalaysi­a sedang berusaha membawa pakar dari Jepun untuk melatih lebih ramai pegawai cuaca tempatan mengenai kaedah terbaik untuk membuat ramalan tentang puting beliung.

“MetMalaysi­a juga ke- mungkinan akan menghantar pegawai ke Amerika Syarikat yang mempunyai ramai pakar, pengalaman serta peralatan canggih berkaitan puting beliung,” jelasnya.

Sambutan Hari Meteorolog­i Sedunia disambut setiap 23 Mac yang kali ini bertemakan ‘Iklim: Pengetahua­n Untuk Tindakan’.

Beliau berkata tema itu membolehka­n negara anggota Pertubuhan Meteor- ologi Sedunia merangka pelan tindakan dan mitigasi untuk menghadapi perubahan iklim.

Che Gayah berkata sempena hari sambutan, MetMalaysi­a akan melancarka­n ‘myCuaca’ iaitu aplikasi telefon pintar yang menyediaka­n ramalan dan amaran cuaca harian, gempa bumi dan tsunami serta imej terkini bagi satelit dan radar.

Beliau berkata aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apps Store secara percuma.

Pelancaran aplikasi itu merupakan anjakan MetMalaysi­a yang antara lain bertujuan meningkatk­an kemudahan, kecekapan dan ketelusan sistem penyampaia­n maklumat serta perkhidmat­an kepada rakyat melalui penggunaan teknologi aplikasi mudah alih, katanya. — Bernama

Datuk Che Gayah Ismail Ketua Pengarah MetMalaysi­a

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERIMA RUMAH: Jailani bergambar bersama sebahagian dari penerima rumah mampu milik (RMM), Taman Hamparan Permai di Kampung Batu Hampar, semalam.
— Gambar Bernama PENERIMA RUMAH: Jailani bergambar bersama sebahagian dari penerima rumah mampu milik (RMM), Taman Hamparan Permai di Kampung Batu Hampar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia