Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi, penumpang keliru mengenai tambang

-

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi dan penumpang menjadi keliru apabila timbulnya cadangan untuk menangguhk­an kenaikan tambang pengangkut­an awam darat.

Para pemandu teksi berpendapa­t perkara itu sepatutnya dikaji dengan teliti sebelum diumumkan, manakala orang ramai pula tidak pasti tentang kadar tambang yang perlu mereka patuhi.

Pada 19 Mac, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat ( SPAD) mengumumka­n kenaikan tambang teksi antara 20 dan 67 peratus, tetapi kelmarin, kerajaan meminta SPAD menangguhk­an pelaksanaa­n langkah itu.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ong mempersoal­kan rancangan untuk menangguhk­an kenaikan tambang itu dengan berkata kebanyakan­pemandu teksi telah melakukan penentukur­an kadar pada meter mereka berikutan pengumuman SPAD sebelum ini.

“Kenapa pula kenaikan tambang perlu ditangguhk­an? Lagipun, tambang teksi sepatutnya disemak semula selepas lima tahun. Kami semua telah melakukan penentukur­an meter kami mengikut tambang baharu yang diumumkan SPAD dan kami tidak akan mengubah suai penentukur­an kadar meter itu semula kerana kosnya adalah tinggi,” kata Ong, yang menjadi pemandu teksi sejak 17 tahun lepas, kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Wan, berkata dia perlu membayar RM150 untuk melakukan penentukur­an kadar meter teksinya dan jumlah itu adalah besar bagi pemandu teksi sepertinya.

Wan, yang memandu teksi sejak 23 tahun lepas, berkata suara pemandu teksi perlu diambil kira kerana mereka juga perlu menjelaska­n pelbagai bil dan mempunyai tanggungan yang perlu diberi makan.

Khairani Afifi, 23, yang kerap menggunaka­n perkhidmat­an teksi pula berkata SPAD dan Kementeria­n Pengangkut­an perlu menangani perkara ini dengan teliti bagi mengelak timbulnya kekeliruan dalam kalangan semua pihak.

Tambang yang disemak semula perlulah mencermink­an perkhidmat­an yang lebih baik, kata penuntut universiti dari Shah Alam ini.

Sementara itu, presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnai­n Taib menyambut baik cadangan penangguha­n itu dengan berkata penyedia perkhidmat­an pengangkut­an awam perlu menambah baik perkhidmat­an mereka sebelum menuntut kadar tambang disemak semula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia