Utusan Borneo (Sarawak)

TLDM dijangka terima kapal pertama LCS awal 2019: BHIC

-

LANGKAWI: Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) dijangka menerima kapal perang pesisir pantai (LCS) yang pertama daripada enam buah yang dipesan pada awal 2019, kata syarikat pembuat kapal perang moden itu.

Menurut Pengarah Divisyen Pertahanan dan Keselamata­n Boustead Heavy Industries Corporatio­n Berhad (BHIC) Anuar Murad, proses pemotongan blok-blok besi untuk pembinaan kapal itu telah bermula akhir tahun lepas dan akan berterusan tahun ini.

“Kapal LCS yang pertama akan diapungkan pada awal tahun 2018, sebelum menjalani ujian penerimaan di pelabuhan dan lautan selepas itu. Insya-Allah, kapal pertama akan diserahkan kepada kerajaan pada Mac 2019,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi 2015 (LIMA ‘15), yang berakhir kelmarin.

Dua tahun lepas, kerajaan Malaysia menandatan­gani perjanjian pembelian enam kapal LCS bernilai RM9 bilion itu yang direka bentuk mengikut kapal Gowind buatan firma pertahanan Perancis, DCNS.

Anuar berkata pada ketika ini, hampir 95 peratus daripada rundingan berkenaan sistem dan peralatan kapal LCS itu telah pun dimeterai antara kerajaan dan syarikatsy­arikat pembuatnya, sekali gus melicinkan lagi proses pembinaan kapal itu.

Walaupun begitu katanya, BHIC masih menunggu penyelesai­an rundingan berkenaan beberapa peralatan kritikal LCS termasuk sistem penyamaran, komunikasi satelit dan peluru berpandu darat-ke-darat kapal terbabit.

Beliau enggan mengulas laporan media yang mengatakan TLDM telah pun memilih peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) keluaran syarikat Kongsberg Defenceand Aerospace dari Norway sebagai peluru berpandu pilihan dan bukan Exocet Block 3.

“Kelewatan pemeteraia­n kontrak antara kerajaan dengan syarikat pembuatan peralatan itu bagaimanap­un tidak akan menjejaska­n tarikh penyerahan kapal pertama LCS kepada TLDM. Syarikat perlu mengubah suai dan melakukan adaptasi kerja-kerja pembinaan bagi memastikan kerja pembinaan berjalan lancar,” katanya.

Menurut Anuar, disebabkan kelewatan rundingan kontrak itu, model terakhir 3D kapal LCS itu hanya akan siap pada Jun tahun ini.

Beliau tidak menjangkak­an kelewatan rundingan itu akan meningkatk­an kos pembinaan kapal terbabit.

Anuar berkata apabila siap kelak kapal LCS negara itu bakal muncul sebagai antara kapal perang paling moden di rantau ini dan memiliki teknologi halimunan bagi menyukarka­n musuh untuk mengesanny­a.

Kerja-kerja meminimumk­an ‘kesan-kesan magnetik’, ‘radar cross section’, bunyi serta ‘ infra red’ akan dilakukan terhadap kapal LCS negara itu bagi memastikan ia dapat beroperasi dalam keadaan halimunan daripada dikesan oleh kapal musuh, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia