Utusan Borneo (Sarawak)

Asia Pasifik hilang dua juta nyawa, rugi AS$1.15 trilion

-

BANGKOK: Rantau Asia Pasifik mengalami kehilangan dua juta nyawa penduduk dan kerugian bernilai AS$ 1.15 trilion ( RM4.26 trilion) akibat bencana alam sepanjang 45 tahun lepas, yang masing-masing mewakili 56.6 dan 41 peratus daripada kesan akibat bencana di seluruh dunia.

Kira-kira 88 peratus daripada penduduk yang terjejas oleh bencana alam di seluruh dunia dalam tempoh 45 tahun lepas tinggal di rantau Asia dan Pasifik,kata laporan yang dikeluarka­n minggu ini oleh Suruhanjay­a Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ESCAP) pada Persidanga­n Dunia Mengenai Penguranga­n Risiko Bencana ketiga di Sendai, Jepun.

Ia menunjukka­n betapa banjir, ribut, gempa bumi dan tsunami merupakan bencana alam paling ganas di rantau ini, yang meragut 92 peratus nyawa dan menyebabka­n 76 peratus kerugian akibat malapetaka.

Laporan itu, yang bertajuk ‘ Overview of Natural Disasters and their Impacts in Asia and the Pacific, 1970 – 2014’, menunjukka­n penurunan dari segi purata jumlah kematian dalam setiap kejadian, walaupun terdapat peningkata­n dari segi jumlah bencana alam.

Sementara itu, kerugian ekonomi di rantau ini mencatat peningkata­n besar iaitu daripada AS$5 bilion ( RM18.5 bilion) setahun pada 1970-an kepada sekitar AS$75 bilion (RM278.3 bilion) setahun pada tahuntahun kebelakang­an ini.

“Rantau ini perlu meningkatk­an daya tahan terhadap bencana bagi melindungi prospek pertumbuha­nnya. Kerugian ekonomi meningkat hampir 15 kali ganda dalam tempoh 45 tahun lepas,” kata Setiausaha Eksekutif ESCAP, Dr Shamshad Akhtar.

Antara perkara penting yang terkandung dalam laporan itu ialah enam bilion orang di rantau ini terjejas oleh bencana dalam tempoh sama atau 87.6 peratus daripada jumlah mereka yang menjadi mangsa di seluruh dunia.

Dari 1970 hingga 2014, dunia menyaksika­n kejadian 11,985 bencana alam yang menjejaska­n enam bilion manusia. Daripada jumlah itu, 5,139 bencana alam berlaku di rantau Asia dan Pasifik, 1,652 di Asia Selatan dan Asia Barat Daya (jumlah kes paling tinggi), diikuti 1,000 di Asia Tenggara dan Asia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia